PORT DICKSON: “Ketika asyik menari ulik mayang, seperti ada bayang-bayang di belakang dan sebaik menoleh, saya terkejut melihat beberapa kanak-kanak memakai baju berwarna-warni dengan seorang daripadanya berpakaian cantik seperti seorang puteri ikut menari. “Saya menggigil ketakutan, namun meneruskan persembahan sambil berzikir sebelum tidak sedarkan diri,” kata Nazar Mohd Amin, 22, mengenai kejadian histeria dialaminya bersama hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ketika mengadakan persembahan kebudayaan mengikut kontinjen sempena Himpunan Pertahanan Awam Malaysia (HPAM) ke-19, di Batu 1, Jalan Pantai di sini, lewat malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, persembahan tarian ulik mayang dan kuda kepang masing-masing dipersembahkan kontinjen dari Perlis dan Selangor bertukar kecoh apabila terdapat peserta dirasuk lalu menjerit dan berlari tidak keruan selain ada yang pengsan.
Difahamkan, ketika itu, seramai 1,700 anggota JPAM dari 14 kontinjen berkumpul menyaksikan persembahan mengikut negeri dan menurut Nazar yang berasal dari Perlis, itu pengalaman pertamanya menjayakan persembahan ulik mayang. “Apabila tersedar, saya sudah berada di bawah khemah dikelilingi beberapa rakan yang memberitahu kami mengalami histeria. “Saya bersyukur kerana tak cedera atau alami kejadian lebih dahsyat,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di tempat kejadian. Rakannya, Nurul Ain Kasa, 25, yang baru tiga tahun menjadi anggota JPAM berkata, dia trauma apabila rakan-rakan memberitahu ketika kejadian itu mereka melihat mukanya seperti nenek yang hodoh dan menakutkan. Menurutnya, ketika itu, 15 hingga 20 peserta mempersembahkan tarian ulik mayang di atas pentas sebelum beberapa orang rebah sambil ada menjerit dan berlari tidak keruan seperti dirasuk. “Saya yang terkejut cuba bangun untuk lari, namun terasa seperti ada orang menarik bahu lalu terjatuh dan pengsan. “Apabila tersedar, beberapa rakan memberitahu mereka cuba membantu, namun takut melihat wajah saya seperti nenek yang menakutkan. “Saya paling akhir tersedar dan dipulihkan daripada histeria ini iaitu kira-kira jam 3.30 pagi,” katanya. Nurul Ain berkata, dia amat takut dan trauma kerana kejadian itu pertama kali dialaminya serta akan lebih berhati-hati pada masa depan. Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor, 22, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba dan dia sendiri tidak pernah mengalami dan tidak tahu puncanya. “Waktu kejadian, saya dan rakan anggota JPAM terhibur melihat persembahan wakil kontinjen yang hadir. Saya tidak berasa apa-apa yang pelik pada mulanya sehinggalah satu ketika badan terasa panas dan pandangan berpinar. “Selepas itu, saya tidak sedar sehingga dimaklumkan rakan saya pengsan dan rasa amat letih,” katanya. Seorang saksi, Zulhelmi Kadirun, 26, berkata, dia sampai di tapak himpunan berkenaan kira-kira jam 9 malam dan ketika itu persembahan kebudayaan sedang berlangsung. “Kira-kira sejam kemudian, saya terdengar jeritan dua orang yang amat mengejutkan dan seingat saya ketika itu baru selesai tarian kuda kepang. “Keadaan jadi kelam-kabut kerana jeritan itu bersambung seorang demi seorang yang saya dapati cukup ramai. “Mereka seperti dirasuk dan ada peserta berlari seperti mengejar sesuatu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Sekretariat HPAM Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kejadian histeria itu amat mengejutkan dan pihaknya mengarahkan persembahan dihentikan serta-merta bagi mengawal keadaan dan mengubati mereka yang tidak sedarkan diri. “Pihak sekretariat memanggil lima pengamal perubatan Islam yang berada di sekitar Port Dickson untuk memulihkan hampir 50 orang yang dirasuk sebelum keadaan kembali tenang kira-kira jam 12.30 tengah malam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurut Lokman, sebahagian daripada mangsa dibawa ke dalam khemah dan sebahagian lagi ke Masjid Jamek Port Dickson untuk tujuan pemulihan. |
9
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn posted on 10-11-2013 07:49 PM
kalao perubatan moden nk sembuh histeria senang jer...ade sejenis garam nme die "smelling salt".. ...
AdamBillionaire posted on 10-11-2013 07:54 PM
kalau kena kentut adam rasanye sekampung bolah sedar histeria
batmana posted on 10-11-2013 09:29 PM
org kalu histeria, kalu kita tembak pakai pistol, badan dia lut tak?
ADVERTISEMENT