CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Suami Bunuh Isteri: Keluarga Tunggu Keputusan Ujian DNA Sebelum Tuntut Jenazah

8-3-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4480| Komen: 19

Jenazah isteri yang ditembak suami menggunakan senapang angin, masih belum dituntut keluarga mahupun waris terdekat Allahyarhamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, ia berikutan keluarga mahu pengesahan identiti dibuat terlebih dahulu sebelum mereka menuntut jenazah berkenaan.



"Jenazah masih berada di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan belum dituntut kerana keluarga mahu identiti jenazah disahkan dahulu.

"Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa sudah diambil semalam dan ia akan mengambil masa sebelum keputusan dikeluarkan," katanya ketika dihubungi.


Kredit foto: fb



Jumaat lalu, media melaporkan, misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah terjawab apabila mayatnya ditemukan secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wasabi29 8-3-2021 06:49 PM
Sedih sis baca story ni . Sgt menyayat hati {:cryrun
Quote Cassieopeia 8-3-2021 08:28 PM
La dah terang2 tu di, kenapa keluarga nk tgu dna pulak, kesin jenazah
Quote makiting 8-3-2021 08:37 PM
Kesian nya jenazah dibiar lama nak kebumi moga kita semua mati dlm keadaan dipermudahkan segalanya dan dijauhkan dari aib kematian dan aib dlm kubur
Quote Carcosa 8-3-2021 09:45 PM
Takboleh brain dgn lahanat2 bodoh yg sokong si jantan musibat ni. Boleh kata yg arwah pemalas sbb tak masak nasik utk musibat tu, tak jaga makan pakai suami.
Ehhh heellllooooooo. Musibat tu OKU keeee. Nak kena suap makanan, pakaikan baju semuaaaa. Takboleh buat sendiri ke hanjinggggggg
Quote tumpanglalu74 8-3-2021 10:55 PM
Carcosa replied at 8-3-2021 09:45 PM
Takboleh brain dgn lahanat2 bodoh yg sokong si jantan musibat ni. Boleh kata yg arwah pemalas sbb ta ...

Ummah fesbuk ke?  Sana ramei zantan tagline #beraskitabeli.  Gampang..
Quote fealefea 8-3-2021 10:58 PM
Permudahkan urusan arwah. Seksanya utk disempurnakan ke alam barzah.
Quote Carcosa 8-3-2021 11:27 PM
tumpanglalu74 replied at 8-3-2021 10:55 PM
Ummah fesbuk ke?  Sana ramei zantan tagline #beraskitabeli.  Gampang..


Ha lah. Ada yg bergurau, ada jugak yg serious.
Mcm lahanat. Nak bini ke, nak hamba abdi??
Semua nak kena siapkan, muka laki jenis tak siap, aku selipar2 kan aje. Dah seharian jaga anak, laki balik, nak sembah duli pulak ke laki ke? Eh ewah. Setakat gaji 2,3 sen, nak harap ada hamba kat rumah, lambertttt lagi. Sila mampos.
Quote Manjahati 8-3-2021 11:31 PM
Moga dipermudahkan semuanya
Quote makcun14 9-3-2021 12:45 AM
I kesian pada bini jantan yang sokong iblis pembunuh ni.
Yang penyokongnya pun facebook profile laki orang bapak orang, acah acah alim jach.
Bini dorang mesti pikir dalam kepala, oh gini rupanya laki aku ye.. am i next.
Mintak dijauhkan la dari iols dan famili iols.
Quote CikYaYaYa 9-3-2021 01:41 AM
Kenapa nak tggu kptsn dna..? Xkan xcam langsung muka arwah to..? Kesian jenazah to. Kalau boleh percepat laa pengebumian arwah to.
Quote zarulnazmi 9-3-2021 02:21 AM
CikYaYaYa replied at 9-3-2021 01:41 AM
Kenapa nak tggu kptsn dna..? Xkan xcam langsung muka arwah to..? Kesian jenazah to. Kalau boleh perc ...

Mungkin dah berlaku pereputan pada jasad dan wajah sehingga tak dapat dicam.

Quote depresio 9-3-2021 02:47 AM
Kalau jadi kat kelantan ke ganu mesti ramai dah komen berbaur kenegerian

Quote dudaberhias 9-3-2021 02:55 AM
Cassieopeia replied at 8-3-2021 08:28 PM
La dah terang2 tu di, kenapa keluarga nk tgu dna pulak, kesin jenazah

memang kena ikut prosedur gitu kaka...
ada yang tak buat walaupun dah kebumi... sebulan kemudian di korek balik...
jadi better la test siap2 takut seminggu ke sebulan kena korek balik lagi haruu...
Quote ahi_mason313 9-3-2021 01:53 PM
semoga dipermudahkan..insya allah
Quote dodolgemok 9-3-2021 02:14 PM
Carcosa replied at 8-3-2021 09:45 PM
Takboleh brain dgn lahanat2 bodoh yg sokong si jantan musibat ni. Boleh kata yg arwah pemalas sbb ta ...

Ada laknat yg sokong laki ni ke?? Maknanya diorang sokong bini dibunuh sbb xmasak? Bangang yah puak2 sebegini ingat bini tu hamba ke apa??!
Quote dodolgemok 9-3-2021 02:18 PM
CikYaYaYa replied at 9-3-2021 01:41 AM
Kenapa nak tggu kptsn dna..? Xkan xcam langsung muka arwah to..? Kesian jenazah to. Kalau boleh perc ...

Kalau dah berlaku proses pereputan, mmg susah nak cam secara visual. Maka kena buat DNA test lah kalau keluarga nak buat.
Quote Carcosa 9-3-2021 05:29 PM
dodolgemok replied at 9-3-2021 02:14 PM
Ada laknat yg sokong laki ni ke?? Maknanya diorang sokong bini dibunuh sbb xmasak? Bangang yah pua ...

Adaaaaa. Ummah2 pesbuk jantan. Mcm cilaka kan?? Alasan penat blk kerje, dapur tak berasap. Eh celanatttt, kau org timun keee, takde kaki dgn tangan?? Tgk bini kau tido penat jaga anak, kau belilah makanan, hanjing. Then ada yg mengata arwah tau isi tembolok sendiri je - sbb si pembunuh celaka ni update pesbuk ckp bini dia mkn meggi, and dia berlapar. Drama much?!
Quote rogayahtop 12-3-2021 01:02 AM
Ada akak baca dlm grup wa skrinshot jantan2 mengomen. Tak taula nok, tu alasan2 jantan tu je. Tp yg membunuh ni mmg puas hati sgt agaknya kalau sampai mcm tu sekali dibuatnya.
Quote Potpouri 12-3-2021 01:08 AM
Carcosa replied at 8-3-2021 09:45 PM
Takboleh brain dgn lahanat2 bodoh yg sokong si jantan musibat ni. Boleh kata yg arwah pemalas sbb ta ...

Biasalah keluarga, bff dan seangkatan yg sama busuk

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.101084 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top