CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Raffi Ahmad Taubat Lepas Tengok Isteri Menangis

9-3-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2814| Komen: 3

Pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad membuat pengakuan bahawa dia pernah berlaku curang terhadap isterinya iaitu Nagita Slavina ketika awal pernikahan mereka.

Memetik laporan Liputan6, dia mengakui ketika itu dirinya belum matang dan kerap pulang ke rumah lewat malam, namun mula berubah selepas melihat isterinya menangis.



Kredit foto: IG Raffi

Melihat anak mereka semakin membesar, Raffi yang juga seorang pengacara memberitahu dia perlu menunjukkan contoh baik sebagai bapa.

"Ya (curang), ketika awal pernikahan boleh dikatakan belum terlalu matang lagi. Dahulu, saya jarang pulang rumah awal... selalunya akan pulang dalam pukul dua pagi.

"Pernah sekali, saya balik dan buka pintu bilik... saya melihat dia sedang menangis. Sejak itu, saya bertaubat dan berasa syukur Allah pertemukan saya dengan isteri.


Kredit foto: IG Raffi


"Anak saya pun sudah lima tahun, saya melihat anak sudah membesar. Jadi, sepatutnya sebagai seorang bapa... saya kena tunjukkan contoh yang baik kepada anak saya," katanya.

Dalam pada itu, Raffi berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan kesalahan yang dilakukan namun menganggap ia sebagai pembelajaran dalam hidupnya untuk menjadikan dirinya lebih dewasa.

"Saya tidak menyesal dengan kesalahan itu tapi saya jadikan ia sebagai pembelajaran dalam hidup saya. Disebabkan kesilapan itu, menjadikan saya lebih dewasa," ujarnya.

Pelakon filem Kesempatan Keduda ini mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafathar Malik Ahmad yang berusia lima tahun.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 15-3-2021 06:53 AM
One of the handsome indonesian actor yg aku minat{:love
Quote Artemesiaa 16-3-2021 02:03 PM
Eloklah makin berusia makin mematangkan diri sampai bila hanya nak fikirkan keseronakan diri je kalau dah berkeluarga.  Tapi dia ni antara mereka yang ramah kalau terjumpa diluar.
Quote rayray28 17-3-2021 02:00 PM
kenapa dia ni top sangat di negara jiran ha?kaya pn kaya nengok

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044438 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top