Zoo Xiangwushan di China menggantikan seekor serigala yang mati dengan seekor anjing baharu. Menurut pemilik zoo itu, harga anjing jenis rottweiler lebih murah.
Malah katanya, pengunjung juga pastinya tidak kisah kerana rupa dua haiwan itu yang seakan sama. Namun, tak semua suka dengan perubahan itu sehingga ada pengunjung membuat rakaman video sehingga ia tular. Rakaman yang dikongsi menerusi platform Baidu turut dihujani komen netizen. "Adakah orang di China tak pernah kenal anjing? "Sekurang-kurangnya tukarlah dengan anjing jenis husky agar ia lebih meyakinkan," tulis beberapa individu. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star.
|
ADVERTISEMENT