"Orang nak cakap apa pun, saya tak kisah asalkan boleh menjana pendapatan sampingan," kata pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34. Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun ditemui ketika membuat penghantaran buah kundang yang dijualnya kepada pelanggan di Desa Pandan, di sini, semalam.
Katanya, dia memang gemar berniaga dan tidak kisah dilabel sebagai pelakon sendu kerana menjalankan perniagaan buah-buahan. "Sejak dari tahun lalu, saya memulakan perniagaan buah-buahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. "Pada awalnya saya hanya menjual harumanis yang diambil dari Perlis tetapi sekarang pelbagai jenis buah-buahan dijual termasuk kundang dan jambu bergantung kepada musim atau permintaan.
"Musim harumanis sudah bermula dan pada pertengahan bulan ini, buah itu dijangka mula dipasarkan. Paling seronok kerana buah itu sudah mendapat tempahan awal pelanggan," katanya. Menurutnya, dia berniaga bukan sekadar untuk menambah pendapatan tetapi pada masa sama membantu penggemar buah tempatan termasuk peminatnya mendapatkan buah yang berkualiti pada harga berpatutan. "Kebetulan saya ada mengenali pemilik kebun dan pengeluar buah-buahan itu di Perlis, jadi saya dapat memborongnya dengan harga yang rendah sekali gus menjualnya pada harga berpatutan. "Bagi pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, saya akan menghantar sendiri buah yang dibeli kepada mereka. "Alhamdulillah, lebih 50 peratus pelanggan tetap saya terdiri daripada peminat dan pengikut di media sosial," katanya.
|
exclusive_vvip replied at 9-3-2021 03:12 PM
I rasa orang @ peminat, tak kata apa pun bila tgk retis berniaga buah ke laksa ke asam pedas ke apa. ...
Mulotkoyak replied at 9-3-2021 03:05 PM
Hangin juga jual buah kundang skali tangkai diorg timbang zaman ni.... Ingt aku ni anai2 ke.
sharlenetexas replied at 9-3-2021 03:24 PM
Artis ada kelebihan bila bisnes sebab dah ada nama orang kenal.
sharlenetexas replied at 9-3-2021 03:24 PM
Artis ada kelebihan bila bisnes sebab dah ada nama orang kenal.
rajamoney replied at 9-3-2021 03:13 PM
sendu tk sendu
lawa gak dia ni skang
ADVERTISEMENT