“Rasa macam mimpi jadi kenyataan.” Itu kata penyanyi muda berbakat besar Malaysia, Yonnyboii yang diberi peluang berkolaborasi dengan tiga bintang handalan Asia Tenggara termasuk penyanyi tersohor Indonesia, Raisa dalam lagu Trust Again untuk filem Disney berjudul Raya and the Last Dragon.
Selain Raisa, lagu tersebut turut menampilkan dua penyanyi popular Filipina dan Thailand iaitu Matthaios & SPRITE. Kata Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, dia tidak menyangka, dalam ramai penyanyi di Malaysia, dia terpilih untuk mewakili negara ini menyanyikan lagu tersebut. “Dapat berkolaborasi dengan Raisa, macam tidak percaya. Saya tahu dia antara bintang paling hebat di Indonesia sekarang.
“Mewakili Malaysia, saya bertanggungjawab untuk menekankan budaya negara yang saya cintai iaitu Malaysia dalam bait-bait lirik lagu Trust Again. Saya ada sebut nasi lemak dan sate,” kata Yonnyboii, 23, ketika dihubungi Kosmo! Online. Trek dwibahasa yang berkisar pada tema fokus kepercayaan dan persahabatan itu mendapat inspirasi dari negeri fantasi Kumandra dan pengembaraan Raya, puteri pendekar pertama Disney, yang mempersonifikasikan semangat pelbagai negara Asia Tenggara. Kerjasama muzik gabungan beberapa negara ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan memegang tunggak penting dalam komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan dalam membawa kandungan hiburan yang berkualiti kepada penonton di Asia Tenggara. Trust Again pada dasarnya, meraikan berbilang budaya yang membentuk rantau Asia Tenggara. Lebih menarik lagi, lagu tersebut juga mengandungi alat muzik etnik Asia Tenggara seperti Seruling, Perkusi Etnik, Bungkau atau Hap Rahang, Angklung, alat muzik tradisional dari Thailand, Gamelan dan Suling Sunda. Mastering untuk lagu ini dibuat oleh Jurutera Mastering, Chris Athens yang pernah memenangi Anugerah Grammy, dan pastinya merupakan satu formula untuk pemerkasaan yang ampuh, selain berkisar pada tema kepercayaan yang universal. Trust Again akan dilancarkan bersama-sama dengan video lirik pada 12 Mac 2021 diikuti dengan muzik video yang menampilkan keempat-empat artis pada akhir bulan Mac 2021. – CARI Sumber: Kosmo
|
Aikiko replied at 10-3-2021 07:40 PM
I luv Raisa
Nape eh sheols cam xnak kembangkan karier di Msia ni?
jackreacher replied at 11-3-2021 01:29 AM
Retis top indo 'kembangkan' career kat malaysia? Betul ke ayat tu? Kihkih
Aikiko replied at 11-3-2021 02:08 AM
Bukan....maksud iols cam sheols nie xdtang sini sangat untuk promo wat konsert ke, cam senior dia ...
ADVERTISEMENT