CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut IPT Putih Mata RM5,250 Lesap Ditipu Scammer Syiling

10-3-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4612| Komen: 20

Gara-gara duit syiling, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Damansara kerugian RM5,250 selepas ditipu warga asing.

Menurut Bernama, suspek kononnya sanggup membayar harga tinggi untuk membeli syiling lama miliknya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa ditawarkan RM80,000 untuk lapan keping wang syiling lama.


Gambar hiasan/The Star

Katanya, suspek yang menghubungi mangsa berusia 18 tahun menerusi laman sosial melakukan urusan jual beli menggunakan nombor telefon antarabangsa.

“Suspek mendakwa membuat pembayaran ke dalam akaun mangsa selepas melihat gambar syiling lama itu tetapi wang tersebut disekat untuk pengeluaran.

"Mangsa kemudiannya diarahkan untuk memasukkan wang caj transaksi ke dalam akaun dimiliki seorang lelaki tempatan yang dipercayai keldai akaun dan telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas suspek tidak pernah mengarahkannya untuk menghantar syiling lama tersebut walaupun pembayaran 'telah dibuat' sebelum melaporkan kejadian kepada polis pada 1 Mac lalu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-3-2021 06:20 PM
Aku ade byk syiling lama.. zsman penjajah... aku juai sekeping rm10 jahhh itupung tatak laku.. koh koh
Quote _blackbird 9-3-2021 06:42 PM
ha laaa.. ni sejenis nak cepat dpt duit byk lah ni sampai lupa mana yg real mana yg scam
Quote piao 9-3-2021 07:50 PM
Buritan replied at 9-3-2021 06:20 PM
Aku ade byk syiling lama.. zsman penjajah... aku juai sekeping rm10 jahhh itupung tatak laku.. koh k ...

mmg x laku sbb duit ciptaan manusia
Quote Buritan 9-3-2021 08:05 PM
piao replied at 9-3-2021 07:50 PM
mmg x laku sbb duit ciptaan manusia

Nangis aku..... koh koh
Quote rajamoney 9-3-2021 08:14 PM
bitcoin2 lama laku tk?

prffffffffffght
Quote ultra78 9-3-2021 08:17 PM
syiling lama..main spirit of the coin...
Quote cmf_almondpecan 9-3-2021 08:19 PM
Maksudnya sebelum dia beli syiling tu dia suruh masukkan duit dulu ke?
Quote Belibis 9-3-2021 08:34 PM
Orang niaga,ko pun nak niaga.orang lain niaga dapat duit,ko niaga abis duit.baik ko stop jer la belajar kat IPTs tu.tak membina langsung.
Quote Lagubestbest 9-3-2021 09:04 PM
penjual bayar pada pembeli? how come?
Quote n3ar 9-3-2021 09:41 PM
kalau dah bodoh...takkan lari ke mana..



kau duk dalam gua ke dik....benda ni berlambak2 orang duk spam kt instagram... pun ko caye
Quote tagas 10-3-2021 08:56 AM
nak buat ape simpan syiling2 lama nih
Quote malaygirl 10-3-2021 12:36 PM
Kesian. Baru 18 tahun.
Quote helicornia 10-3-2021 02:35 PM
ada jugak lagi yg percaya ada org nk beli siling haih
Quote Artemesiaa 10-3-2021 02:45 PM
Dah lama scammer jenis ni bergentayangan di social media antara tahu atau tidak je
Quote najib888 10-3-2021 08:25 PM
Betui ka ni sindiket antarabangsa? Jangan2 scammer local je.. aku ada sorang kenalan, kaki scam kat fb pasal syiling lama ni.. la ni mampuih pi mana pun aku tak tau..
Jaga2 dgn scammer bernama ilham..
Quote notM 10-3-2021 08:35 PM
Belibis replied at 9-3-2021 08:34 PM
Orang niaga,ko pun nak niaga.orang lain niaga dapat duit,ko niaga abis duit.baik ko stop jer la bela ...

Dia nak bayar yuran IPTS...tu je harta bapa nye ada
Quote notM 10-3-2021 08:36 PM
Edited by notM at 10-3-2021 08:38 PM
malaygirl replied at 10-3-2021 12:36 PM
Kesian. Baru 18 tahun.


Sama la macam kes sembelih guru Kat Perancis tu.

Budak camni ramai jadi mangsa pedo juga
Quote notM 10-3-2021 08:38 PM
najib888 replied at 10-3-2021 08:25 PM
Betui ka ni sindiket antarabangsa? Jangan2 scammer local je.. aku ada sorang kenalan, kaki scam kat  ...

Kawan Aku Ada sorang kaki berhutang bila byk hutan dia buat scam minta derma utk sedekahkan Al-Quran pada Sekolah tahfiz katanya
Quote myoujin 10-3-2021 08:42 PM
cmf_almondpecan replied at 9-3-2021 08:19 PM
Maksudnya sebelum dia beli syiling tu dia suruh masukkan duit dulu ke?

Jual beli bodoh dan dipercayai org bodoh

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040240 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top