Seorang jutawan terpaksa membayar lebih 150,000 pound (RM856,567) setahun bagi menampung kos perbelanjaan anak perempuan berusia empat tahun yang memakai pakaian berjenama sejak kecil lagi.
Lapor Mirror, seorang hakim mahkamah tinggi memerintahkan ahli perniagaan itu membayar jumlah tersebut kepada bekas pasangannya setiap tahun sebagai kos penjagaan anaknya. Pada sesi pendengaran, Roberts dimaklumkan bahawa kanak-kanak perempuan sudah mempunyai beg tangan jenama Louis Vuitton malah pakaian ski pertamanya berharga hampir 1,000 pound (RM5,710). Beliau juga memerintah jutawan yang memiliki kekayaan hampir 200 juta pound (RM1.14 bilion) itu membayar yuran sekolah swasta anak perempuannya dan menanggung semua kos tambahan yang munasabah pada bil sekolah.
Ibu bapa kanak-kanak itu yang pernah tinggal di sebuah kediaman bernilai 4.3 juta pound (RM24.5 juta) di Cheshire Golden Triangle, dilaporkan terlibat dalam pertikaian mengenai wang selepas hubungan mereka selama tujuh tahun terputus. Roberts memperincikan butiran pertikaian itu menerusi satu keputusan mahkamah yang disiarkan secara dalam talian selepas mempertimbangkan bukti yang dikemukakan pada sesi perbicaraan di London, baru-baru ini. Hakim juga memerintahkan lelaki terbabit membayar bekas pasangannya dana perumahan berjumlah 1.6 juta pound (RM9.13 juta), lebih 100,000 pound (RM571,105) untuk membiayai kos perabot dan perbelanjaan lain. Ahli perniagaan itu juga diperintah memberi sebuah kereta bernilai 110,000 pound (RM628,215) setiap empat tahun dan wang bagi anak perempuan mereka. Jelas hakim, kesemua nama individu berkenaan tidak boleh dinamakan dalam laporan media namun menyatakan lelaki dan wanita tersebut berusia dalam lingkungan 40-an. “Wanita itu telah mengemukakan semua resit bagi pembelian pakaian berjenama. “Dia juga menerangkan bagaimana anak perempuannya telah mengenakan pakaian dan kasut berjenama sejak kecil lagi,” jelas Robert menerusi keputusannya di bahagian keluarga di Mahkamah Tinggi London. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:20 PM
Wow kayangan sangat dik...
Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birk ...
Buritan replied at 10-3-2021 02:24 PM
Pompuan mcm ni cantik.. seksi.. tip top wangi... pompuan biasa bishe tak best.. jimat jimat..
green~tea replied at 10-3-2021 02:24 PM
Botak bapak
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:26 PM
Selalu gitu la dengan pakej muka cucuk2 macam nadia sahab tu. Laki suka muka cucuk2 pipi kembung n ...
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:20 PM
Wow kayangan sangat dik...
Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birk ...
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:26 PM
Selalu gitu la dengan pakej muka cucuk2 macam nadia sahab tu. Laki suka muka cucuk2 pipi kembung n ...
ADVERTISEMENT