|
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali dengan nama Nur Sajat dinasihatkan menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. “Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS dan selesaikan isu ini secara baik supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai JAIS mengenai isu ini. Apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya. Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada kira-kira 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah di sini hari ini, Dr Zulkifli berkata, Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dri agama Islam.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti berkaitan penyelewengan ajaran Islam,” katanya. Sumber: BERNAMA
|
bulalof replied at 10-3-2021 02:31 PM
joke of the year.


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.049665 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.