Istana Buckingham dilaporkan khuatir kemungkinan nama ahli keluarga diraja Britain yang membuat komen rasis mengenai warna kulit Archie, akan didedahkan oleh Putera Harry dan Meghan Markle.
Dalam satu temubual Duke dan Duchess of Sussex itu bersama Oprah Winfrey beberapa hari lalu, pasangan tersebut membuat beberapa pendedahan mengejutkan termasuk kenyataan rasis mengenai warna kulit anak mereka. Bagaimanapun, Harry dan Meghan ketika itu enggan mendedahkan nama ahli keluarga diraja terbabit sekaligus mencetuskan spekulasi ramai mengenai identiti individu yang berkenaan. Editor Diraja, Chris Ship sebelum ini dilaporkan berkata, beliau secara kategorinya mengatakan bahawa kenyataan luar biasa itu bukan daripada Ratu Elizabeth atau Putera Phillip.
"Satu penafian mungkin mendorong pasangan Sussex itu melanggar ikrar mereka dan mendedahkan nama ahli keluarga diraja yang membuat kenyataan mengenai warna kulit anak mereka. Terdapat hilangnya kepercayaan di situ," kata sumber. Terdahulu, Ratu Elizabeth mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai maklum balas selepas wawancara Harry dan Meghan bersama Oprah. "Seluruh keluarga bersedih apabila mengetahui kesukaran dialami dalam beberapa tahun lalu oleh Harry dan Meghan. "Isu dibangkitkan, terutamanya mengenai perkauman, perlu diberi perhatian. Biarpun ada perkara yang diberitahu mungkin berbeza, tetapi ia akan diambil secara serius dan ditangani oleh keluarga secara peribadi. "Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga," demikian kenyataan tersebut. - CARI Sumber: mStar Online/ Metro.co.uk
|
sharlenetexas replied at 11-3-2021 10:55 AM
Archie tu kulit putih.
Mcm tak nampak gen kulit hitamnya.
Rambut pun tak menurun belah maknya.
annehuda replied at 11-3-2021 11:14 AM
Aku pulak menyampah tengok org malaysia emo nau ngan kes brf. Korang ni memang suka nak kena jajah n ...
lifeline replied at 11-3-2021 11:51 AM
ala bukan la smpai tahap mcm tu
saje seronok baca pasal skandal2 BRF di dari zaman Lady D lgi
annehuda replied at 11-3-2021 12:01 PM
as a malaysian aku malu lah malaysians ni dok kutuk meghan harry brf macam2, padahal kt malaysia n ...
ADVERTISEMENT