![]() Seperti yang semua sedia maklum, Penjara Pudu yang terletak di tengah-bu kota sudah dirobohkan untuk tujuan pembangunan komersial. Namun, baru-baru ini ramai pula yang berkongsi maklumat menarik tentang lokasi tersebut dalam media sosial. Turut tidak ketinggalan, Beto Kusyairy yang berkongsi kenangan menjalani pengambaran naskhah Warkah Terakhir: Rosly Dhoby di situ. Katanya, ‘tenaga’ di situ sangat luar biasa. Seram pula bunyinya. Beto juga memberitahu beberapa lukisan dan coretan di penjara tersebut membuatkan dia berasa hiba. ![]() ![]() ![]() ![]() “Pelbagai lukisan dan coretan yang sebahagian besarnya membuatkan aku rasa hiba. Terutamanya di sel-sel akhir. Ada juga yang menakutkan,” ciapnya dalam Twitter baru-baru ini. Dia kecewa apabila lokasi bersejarah tersebut tidak dipelihara. “Sayang seribu kali sayang mercu tanda KL ini tidak dipelihara seperti Alcatraz,” katanya lagi. ![]() ![]() Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Bahkan ramai netizen terkilan, mengapa Penjara Pudu tidak dijadikan muzium atau lokasi pelancongan. Sumber : kosmo dan Twitter
|
Mawar91 replied at 10-3-2021 08:43 AM
Yay Beto..my peveret all time

Nenasketum replied at 10-3-2021 06:48 AM
Kim salaam kat aweks Mon Fend ek? Depa kata senjak kena gantung aweks tu, Pudu Jail jadi idok keruan ...
dengan suara bacaan saat akhir.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039751 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.