CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Amsterdam – Syurga Penunggang Basikal Dunia?

11-3-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3198| Komen: 3|Original author: piao

Seandainya disebutkan berkenaan budaya berbasikal, pasti ramai akan berbangga menyebut tentang tradisi berbasikal yang dimiliki oleh masyarakat Belanda.

Belanda diletakkan sebagai ‘syurga’ untuk penunggang basikal kerana fasiliti negara mereka dikatakan begitu menitik beratkan mereka dan seringkali digambarkan sebagai utopia yang perlu diikuti dan diteladani negara lain – khasnya negara kita.

Bagaimanapun, persepsi yang dibentuk itu sebenarnya mengaburi masalah sama yang berlaku di kalangan masyarakat kita; bila penunggang basikal mereka pun sebenarnya bermaharajalela atas jalan raya.

Kajian budaya berbasikal di Belanda



Dalam kajian yang dilakukan di Belanda pada tahun 2014 , basikal mempunyai kedudukan antara yang utama dijadikan mod pengangkutan mereka selepas kereta.

Di kalangan penduduk Belanda, 36% daripada mereka menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan utama setiap hari dan 45% pula meletakkan kereta, meletakkan Belanda jauh mendahului negara-negara Eropah lain daripada segi penggunaan basikal.

Hungary duduk di kedudukan kedua dengan 22% rakyat mereka menggunakan basikal secara rutin harian.

Melalui kajian yang dijalankan oleh kerajaan Belanda sendiri pada tahun 2018, Belanda mempunyai statistik pemilikan basikal yang unik di mana jumlah basikal yang ada jauh melebihi jumlah populasi mereka.

Terdapat anggaran 23 juta basikal keseluruhannya di negara itu sementara hanya ada 17 juta penduduk keseluruhannya.

Apa yang menarik, statistik penggunaan basikal di bandar seperti Amsterdam menunjukkan pola berbeza; basikal dijadikan mod pengangkutan utama (48%) berbanding kereta (21%) untuk perjalanan setiap hari ke tempat kerja dan pulang.

Semuanya dibantu oleh perancangan bandar yang menitik beratkan kemudahan untuk penunggang basikal, seperti laluan khas dan kawasan parkir khas yang memberikan insentif untuk pengguna menunggang. Tetapi….

Kadar kematian penunggang basikal yang tinggi di Belanda


Kerajaan Belanda menitik beratkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan, disebabkan oleh banyak faedah yang ada kepada penunggang dan juga persekitaran negara mereka.

Selain itu pengurusan kawasan bandar mereka juga direkodkan menjadi lebih mudah disebabkan oleh keperluan saiz basikal yang jauh lebih kecil berbanding kereta, khasnya apabila melibatkan perancangan bandar.

Walaupun begitu, kadar kemalangan dan kematian di kalangan penunggang basikal Belanda agak tinggi, serta sedang mengalami trend peningkatan. 30% kes kematian dan 52% kes kecederaan teruk jalan raya di Belanda pada tahun 2017, melibatkan penunggang basikal.

40% daripada kes kemalangan melibatkan basikal pula berlaku tanpa melibatkan kenderaan bermotor lain.

Fasiliti bagus namun manusia tetap berperangai manusia


Dalam kepala anda, pasti anda membayangkan bagaimana teraturnya rakyat Belanda berbasikal setiap hari bukan?

Kewujudan budaya berbasikal yang terlalu besar pengaruhnya ini menimbulkan konflik mentaliti di antara penunggang basikal dan pengguna jalan raya lain, khasnya pejalan kaki.

Di kawasan-kawasan bandar yang sibuk di mana orang ramai bergegas ke sana ke mari, pejalan kaki menghadapi bahaya di langgar penunggang basikal yang kebiasaannya enggan memperlahankan kayuhan mereka.

Ramai rakyat Belanda menghadapi masalah hanya untuk melintas jalan disebabkan oleh rasa bimbang mereka akan dilanggar, disebabkan kewujudan mentaliti penunggang basikal yang merasakan mereka perlu diberikan keutamaan atas jalan.

Ketiadaan undang-undang berbasikal yang menyelia aktiviti menyukarkan lagi situasi. Peraturan yang baru diperkenalkan pada tahun 2019, melarang penggunaan telefon pintar semasa mengayuh tetapi didapati masih ramai yang melanggar peraturan itu.

Memiliki jumlah pemilikan basikal antara tertinggi dunia juga membawa masalah basikal yang diabaikan, dalam skala besar khasnya di kalangan pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka.

Masalah pengurusan basikal yang ditinggalkan menjadi salah satu masalah utama yang sedang diatasi kerajaan tempatan wilayah-wilayah di Belanda – kerana kebanyakan basikal yang ditinggalkan ini mula mengambil ruangan parkir yang telah disediakan untuk penunggang lain.

Kos yang tinggi perlu dikeluarkan bagi menguruskan masalah ini saban tahun.

Mereka sama saja dengan penunggang basikal di Malaysia


Kewujudan komuniti penunggang yang besar mungkin dilihat sebagai satu kebaikan yang menjadikan Belanda unik di mata orang luar.

Bagaimanapun dalam sisi lain, penunggang-penunggang basikal di sana tetap berdepan cemuhan akibat kegagalan mereka mematuhi undang-undang, sifat mementingkan diri sendiri serta tidak mahu menghiraukan keselamatan orang lain.

Seandainya anda sering mengkritik penunggang basikal di negara kita yang merasakan diri mereka kebal, masalah sama juga berlaku di Belanda di mana penunggang basikal mempunyai aura mirip pemandu Myvi negara kita.

Pengenalan saman, warden traffik serta beberapa kawasan larangan berbasikal sudah mula dikuatkuasakan di Belanda bagi menangani masalah ini namun kerajaan Belanda dilihat enggan memperketatkan lagi peraturan mereka – kerana dibimbangi peraturan yang terlalu ketat, akan mula merencatkan budaya berbasikal di sana.



Setiap tahun lebih 15,000 basikal terpaksa dikeluarkan daripada kawasan perairan mereka, orang ramai menyumpah penunggang basikal setiap hari dan penunggang basikal pula berharap kerajaan Belanda melakukan sesuatu untuk membantu

Apa yang buruk anda nampak berlaku di negara kita sebenarnya turut sama berlaku di sana, bezanya di sana berlaku dalam skala yang lebih besar impaknya kepada masyarakat sana.

Ramai nak kita jadi Amsterdam ‘syurga’ penunggang basikal – kerana kita belum melalui masalah yang dihadapi mereka. Yang jelas, sistem walau sebaik mana pun rangkanya akan tetap berdepan masalah dek kelalaian komuniti yang menggunakannya.

Rujukan

A City with Too Many Bicycles: Amsterdam’s Unique Problem

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 10-3-2021 11:13 PM
kt sana kete tk byk mcm kt sini. so selamat la naik basikal
kete byk kt highway je
n org sana tk nampak plak dok berkayuh basikal atas hiway
org malaysia lg terer
Quote uori 11-3-2021 12:32 PM
fasiliti penting tapi kalau kat sini, cuaca tak membantu. lecah ketiak nak mengayuh tengahari rembang

Quote epuepy 11-3-2021 12:38 PM
Kalo kat sini nk ulang alik gi keje naik basikal, mau lenjun baju. Tu blm lagi tengah hari panas, tetibe balik keje ujan.
Blm lagi tang mat rempit meragut, n kete bwk laju ala2 F1.

Mati katak je la kalo naik basikal. {:freak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061075 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top