Hampir dua bulan kisah kecurangan Shuk Sahar menjadi buah mulut orang ramai. Shuk meletakan semua adalah disebabkan kesalahannya sendiri namun sebagai manusia pastinya akan melakukan kesalahan.
"Saya tahu tentang kelemahan diri sendiri. Saya tidak kata apa yang telah saya lakukan itu tidak salah. Sebab kalau tidak salah, perkara seperti ini tidak akan berlaku. "Jadi sebab saya sedar kesalahan yang telah saya lakukan, maka saya terima kesalahan tersebut dan mencari jalan untuk pulihkan semula perkara yang sudah berlaku,"katanya keoada Kosmo. Macam semua tahu, disebabkan isu panas iyu Shuk telah ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio.
Saya tidak berkecil hati selepas ditamatkan kontrak, cuma rasa sayang. Sebab sudah empat tahun saya bersama dengan Hot FM. "Selama empat tahun, saya sudah selesa bekerja di situ mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizie dan Shuib. "Selepas Shuib mengundur diri, kalau ikutkan team baharu nanti saya akan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizie dan Mark Adam. Tapi nampaknya tidak ada rezeki di situ," tambahnya.
|
"Selepas Shuib mengundur diri, kalau ikutkan team baharu nanti saya akan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizie dan Mark Adam. Tapi nampaknya tidak ada rezeki di situ," tambahnya.
ADVERTISEMENT