Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu ada menerima kritikan dan komen negatif netizen terhadap perkongsiannya di media sosial yang disifatkan keterlaluan serta kurang sopan sebagai seorang wanita beragama Islam.
Bintang drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata, tempias tersebut turut terkait dengan kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini mengenakan hijab dan berniqab. “Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain. “Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali. “Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,” katanya. Sakinah turut menjelaskan, kakaknya juga sebelum ini tidak mengenakan tudung sebelum mengambil keputusan untuk istiqamah. “Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan. “Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,” katanya kepada MH lagi. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT