Pelakon Intan Najuwa bertuah kerana dapat berlakon sama dengan aktor, Redza Rosli menerusi drama bersiri terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu. Mendukung watak sebagai Siratul, Intan berkata penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara mereka berdua selain kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan. “Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul (Intan) dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik,” jelasnya kepada MH.
|
orkidorkido replied at 11-3-2021 04:14 PM
Desa nan permai sangat wajahnya
putericahaya999 replied at 11-3-2021 05:09 PM
Dia dgn ruhsinis akak suka dia lg
Nenasketum replied at 12-3-2021 06:42 AM
Uikss aku ada tertengok drama Redza berlakon dengan Wan Maimunah, hidup giler karakter dia bawak tu. ...
ADVERTISEMENT