Seorang pemuda di Banyumas, Jawa Tengah didenda 150 juta rupiah (RM42,929) kerana membatalkan majlis pernikahannya. CNN Indonesia melaporkan, lelaki dikenali sebagai AS berusia 32 tahun itu membatalkan majlis berkenaan dengan alasan tidak secocok dengan bakal isterinya. Malu dan kesal karena sudah melakukan banyak persiapan, keluarga bakal pengantin perempuan mengambil tindakan undang-undang dan Mahkamah Agung memerintahkan AS membayar denda berkenaan. Keluarga AS mengakui terkejut dengan tindakan keluarga wanita terbabit dan menegaskan tidak akan membayar ganti rugi tersebut. Sementara itu, Kompas melaporkan bapa AS, Sumarto, 56, ketika ditemui pemberita menegaskan tidak akan membayar denda berkenaan kerana tidak mempunyai wang. "Yang jelas, saya tidak mahu bayar kerana tiada wang," katanya.
Katanya, dia kecewa dengan tindakan keluarga bakal isteri anaknya itu membawa kes ke mahkamah hanya kerana majlis pernikahan dibatalkan. - CARI
|
Katanya, dia kecewa dengan tindakan keluarga bakal isteri anaknya itu membawa kes ke mahkamah hanya kerana majlis pernikahan dibatalkan
rajamoney: ngapain ngga cocokngga boleh cocok di cocokinudah cocok baru tahunya cocok nggak?
rajamoney replied at 11-3-2021 06:42 PM
ngapain ngga cocok
ngga boleh cocok di cocokin
ADVERTISEMENT