|
Seorang lelaki kehilangan isterinya dalam bencana tsunami sedekad lalu menyelam setiap minggu demi mencari wanita tersebut. Yasuo Takamatsu, 64 kehilangan isterinya, Yuko apabila gempa bumi terburuk dalam sejarah Jepun sekuat 9.0 skala Richter membadai Jepun pada 11 Mac 2011. Ombak setinggi lebih 15 meter membadai pelabuhan Onagawa di wilayah Miyagi menyebabkan seramai 827 orang terbunuh. Pada 2013, Takamatsu belajar dan mendapatkan lesen menyelam supaya dia boleh mencari isterinya. Semenjak itu, dia akan menyelam setiap minggu di Lautan Pasifik bagi mencari cinta hatinya itu.
“Saya menyelam kerana saya percaya dia ada berdekatan,” kata Takamatsu seperti dipetik BBC. Tambah Takamatsu, dia rasa lebih tertekan jika tidak berbuat apa-apa tentang kehilangan isterinya. Jelasnya lagi, selagi dia masih bernyawa, Takamatsu akan terus menyelam untuk mencari wanita itu. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.642754 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.