Sering muncul secara solo di mana-mana persembahan sejak kebelakangan ini, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui perkara itu pernah menjadi pertikaian dalam kalangan ahli kumpulan mereka sejak beberapa tahun lalu.
Namun, hal itu tidak berlarutan selepas masing-masing melihat komitmen tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan Azmi terhadap kelangsungan band mereka. "Sebenarnya sejak 2018 lagi, saya ada masuk satu program hiburan secara solo dan daripada situ timbul perselisihan faham di antara kami. "Mereka risau kalau-kalau saya akan bawa diri secara solo namun saya dah buktikan pada mereka yang kami masih lagi bersama sehingga kini dan dapat berikan 100 peratus komitmen bila bersama dengan Caliph Buskers.
"Walaupun saya sering diberikan tawaran kerja secara berseorangan, namun saya tak pernah lupakan kawan-kawan dalam Caliph Buskers... kalau ada rezeki lebih, memang saya selalu belanja mereka makan," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT