CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tamak Insurans Nyawa: Lelaki Bunuh 2 Anak Autistik, Dipenjara 212 Tahun

12-3-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2192| Komen: 9

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari California dijatuhi hukuman penjara lebih 200 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian dua anak lelakinya dengan menenggelamkan kereta dinaiki mereka kerana insurans nyawa.


Ali Elmezayen, 45, memandu kereta bersama bekas isterinya dan dua anak lelakinya yang juga kanak-kanak autistik ke sebuah dermaga di San Pedro, selatan Los Angeles, pada 9 April 2015.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia lapan dan 13 tahun lemas, manakala bekas isteri tertuduh, Raba Diab, diselamatkan seorang nelayan.

Elmezayen melarikan diri melalui tingkap sebelah pemandu yang terbuka dan berenang ke tangga dermaga.

Gambar Hiasan

Berikutan kematian anak-anaknya, Elmezayen, seorang warga Mesir, mengumpulkan lebih AS$260,000 (RM1.06 juta) untuk polisi insurans daripada dua syarikat.


Pihak berkuasa mengatakan Elmezayen memindahkan sebahagian besar wang itu ke Mesir dan kira-kira AS$80,000 (RM328,600) dirampas dari akaunnya di Amerika Syarikat (AS).

Elmezayen dihukum pada Oktober 2019 atas tuduhan penipuan, pencurian identiti dan pengubahan wang haram.

Hakim Daerah AS, John Walter menjatuhkan hukuman penjara 212 tahun dan mengecam tindakan tertuduh sebagai jenayah kejahatan dan keji.

Elmezayen masih berdepan tuduhan pembunuhan dua anak lelakinya dan cubaan membunuh bekas isterinya. - CARI

Sumber: Berita Harian/ AFP

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 12-3-2021 08:46 AM
hari tu org belah sana gak kannn....yg tolak wife tgah pregnant.  .
Quote supernaturalee 12-3-2021 10:27 AM
jazaa100 replied at 12-3-2021 08:46 AM
hari tu org belah sana gak kannn....yg tolak wife tgah pregnant.  .

something wrong somewhere over the rainbow kot org2 sn



Quote Artemesiaa 12-3-2021 10:34 AM
Dah kantoi apa pun tak dapat
Quote KBW2 12-3-2021 12:34 PM
jazaa100 replied at 12-3-2021 08:46 AM
hari tu org belah sana gak kannn....yg tolak wife tgah pregnant.  .

Itu Turki
Quote mawarika 12-3-2021 01:18 PM
Duh.. bahaya jugak ni memasing byk insuran nyawa. I beli g.e n prudential utk laki i. Aia lg.. bukan nak dia mati tp takot la dia mati
Quote unicornlady 14-3-2021 01:33 PM
Kerana duit semua sanggup
Quote ReginaGeorge 17-3-2021 09:07 PM
Patut mati direjam
Quote sarahmirza 17-3-2021 09:12 PM
Hati2 siapa yang ada buat hibah bayar bulan2 tu....
Quote slavehunter 17-3-2021 09:27 PM
Life insurance nowadays dah jadi macam ticket utk family member membunuh pulak.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.032877 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top