CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Semakin Pudar, Ingat Lagi Tak Dengan Ana Raffali?

12-3-2021 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8222| Komen: 50

Detik indah merangkul trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25, sedekad lalu, masih basah dalam ingatan wanita berbakat ini.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Ana Raffali, dia menjulang trofi yang menjadi idaman ramai, apatah lagi, ketika itu, penyanyi dan komposer ini baru bertapak dalam dunia seni.


Pada AJL25 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 Januari 2011, lagu Tolong Ingatkan Aku menewaskan lagu dendangan artis lain seperti Yuna yang mempertaruhkan lagu Cinta Sempurna.


Tidak hairanlah kemenangan dan keputusan AJL25 yang meletakkan lagu Drama King dendangan Meet Uncle Hussain dan Noktah Cinta (Hafiz) sebagai pemenang kedua dan ketiga, diperkatakan.

Mengimbau kembali detik manis lagu Tolong Ingatkan Aku mengungguli AJL25, Ana mengaku semuanya ibarat mimpi.

"Kemenangan pada malam kemuncak AJL25 ibarat mimpi jadi nyata. Sampai sekarang, saya masih terasa seperti di awang-awangan.

"Saya mendapat pengiktirafan barisan juri di mana saya membesar dengan lagu mereka. Malah, saya anggap mereka hero tatkala mereka beraksi atas pentas," katanya kepada BH Online.

Selepas sedekad kejayaan diraih, memori bertandang semula apabila ada peminat teringat kisah ketika single itu diperdengarkan pada 2010.



"Ada peminat ketika itu masih berada di kolej dan berkongsi kenangan indah yang ada kaitan dengan lagu berkenaan," katanya.

Berkongsi pengalaman kali pertama menyertai acara anugerah breprestij itu, Ana atau nama penuh, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, mengaku rasa bimbang menghantui dirinya.

Mengapa tidak, pada malam kemuncak itu, kesihatan dirinya tidak memuaskan.

"Beberapa hari sebelum AJl berlangsung, saya diserang batuk dan selesema. Saya risau sangat... Pada malam itu, saya sediakan ubat-ubatan dan air limau untuk memastikan penyakit saya tidak bertambah teruk.

"Saya bersyukur persembahan saya pada malam itu lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini," katanya.


Foto: IG

Ana berkata, dia teruja hasrat membawa teman-teman teater ke pentas AJL menjadi nyata dengan konsep teaterikal yang ditampilkan pada malam kemuncak.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Zahiril Adzim dana rakan lain kerana menyempurnakan hasrat saya itu," katanya yang kini menjadi ibu kepada dua cahaya mata.

Ketika dirinya teruja meraikan kejayaan, timbul pula cakap-cakap nakal yang mempertikaikan kemenangannya itu. Malah, ada segelintir pihak melabelkan lagunya 'sampah' dan tidak layak diangkat sebagai juara.

Ditanya perasaan berdepan situasi itu, Ana yang terkenal dengan imej berkebaya sambil memetik gitar, kecewa dan sedih dengan pengalaman yang dilaluinya.

"Saban tahun, pasti ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangan artis. Apabila perkara itu menimpa saya, sudah tentu saya sedih. Tetapi, saya tidak salahkan mereka.

"Setiap orang ada kecenderungan terhadap artis yang mereka minat. Individu yang mempersoalkan kemenangan saya tentu ada penyanyi kegemaran yang dirasakan layak menang," katanya.



Namun, bagi Ana, dia lebih percaya kepada konsep rezeki.

"Lagipun, keputusan dibuat juri profesional yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang muzik. Jadi, kenalah faham dan hormat keputusan dibuat," katanya.

Biarpun ada pihak tidak senang dengan kemenangannya, Ana bersikap positif dan yakin dengan bakat dimiliki.

"Apabila saya jumpa peminat di luar bandar, rata-rata mereka sokong kemenangan saya dan mendoakan agar karier nyanyian terus sukses," katanya.

Seperti diketahui ramai, ketika ini, dunia Ana bukan lagi di pentas seni. Sebaliknya, Ana beralih arah kepada bidang pendidikan, lantas namanya pudar dalam dunia muzik.

Mengulas perkara itu, graduan jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, sejak dahulu, dia menyimpan cita-cita menjadi pendidik.



"Sebagai graduan TESL, rasa sayang jika ilmu yang saya ada tidak dikongsi. Saya pernah bercita-cita menjadi penyanyi dan penulis lagu.

"Hasrat itu sudah dicapai. Malah, saya dapat 'bonus' apabila menang trofi Juara Lagu. Menjadi pendidik adalah salah satu daripada impian saya. Selagi masih bernafas, saya tidak akan berhenti mengejar hasrat yang terpendam dalam jiwa ini," katanya.

Ana masih mengikuti perkembangan industri muziik biarpun tidak aktif lagi di persada seni.

"Saya bangga kita ada ramai pelapis muda yang berbakat besar. Cuma dalam zaman media sosial hari ini, agak sukar untuk membezakan artis yang jujur berkarya atau yang mengejar glamor dan populariti," katanya yang mengagumi bakat Aina Abdul.


Mula dikenali apabila muncul dengan single pertama berjudul Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Tampil dengan album sulung berjudul Ketika Aku Kecil pada 2010 yang memuatkan lagu Tolong Ingatkan Aku.

Pernah berpadu suara dengan penyanyi legenda, Sohaimi Mior Hassan dan rapper, Altimet melalui lagu Kalau Berpacaran. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-3-2021 02:36 PM
Mana blh lupa kat juara ajl kena boooo n penonton tgal pentas ajl. Dang2 je up psl dia ek mentang dkt ajl dah ni
Quote awanysss 12-3-2021 02:41 PM
tak lupe.. sbb ada porumer guna gmbr dia.. betacarotene ke apa ntah nick porumer tu..
Quote rajamoney 12-3-2021 02:50 PM
teringat ajl dia pakai baju hijau belanja body

comel gak

dulu la

skang

tidak lg
Quote Nenolen 12-3-2021 02:52 PM
Mohon kaka @beta_carotine mencemar duli tered nie
Quote Nenolen 12-3-2021 02:53 PM
Mohon @beta_carotene mencemar duli di tered ini
Quote beta_carotene 12-3-2021 03:09 PM
Tersedak2 meols tawwwww
Quote umbut 12-3-2021 03:10 PM
Ingatlahh.. lagu suara x sedap leh menang juara lagu... pastu laki dia mata juling air
Quote Gianna111 12-3-2021 04:22 PM
lawa dia ni..
Quote AshkieLa 12-3-2021 04:34 PM
ingat je..
bila menyanyi bukak mulut mcm tengah tahan menguap...

marah pulak si beta kat aku ni karang...
Quote bbasir 12-3-2021 04:42 PM
kalau jenis tak berapa nak berbakat,verstail... jadi la mcm ana rafali ni... kejap je femes lepas tu sendu..
Quote hazzy0304 12-3-2021 04:46 PM
ingat ...
nasihat dia pun aku ingat lagi , yang berbunyi ;

kalau berpacaran, jangan tunggu lama2 ..
kalau dah berkenan jumpa lah ayah dan mama ...
Quote tikusmontok 12-3-2021 04:54 PM

laaaa gambar dia ke yg uols guna tu? baru hari ni tau.. sendunya dia
Quote beta_carotene 12-3-2021 05:03 PM
adui la ana raffali, knapa nyanyi twinkle2 little star pun mcm struggle je

meols suka lagu2 yg dia compose, lirik ada jiwahh gitu
Quote Rainsack 13-3-2021 05:15 AM
Tak ingat tak follow !!!!!!!!
Quote cicicumel 13-3-2021 06:45 AM
Juara tak direstui sama kes Keliru Ajai Nurul
Quote gugunogaga 13-3-2021 07:48 AM
Juara lagu M.nasir
Quote auza_chiyoko 13-3-2021 08:07 AM
Mse sekolah dlu baik dia...igt sbb dia bdk mrsm sama aku..form sama dgn aku tp dia bdk sains..sebelah blk kt asrama..tp dia jns lone ranger...dia bdk MPP dlu mse mrsm (lupa dah istilah apa ktorg pakai kt mrsm)
Quote sarah_ary2 13-3-2021 08:11 AM
Lagu dia best yg menang Juara Lagu tue tp suara dia masa live hmmmmm
Quote Jiddin 13-3-2021 08:12 AM
auza_chiyoko replied at 13-3-2021 08:07 AM
Mse sekolah dlu baik dia...igt sbb dia bdk mrsm sama aku..form sama dgn aku tp dia bdk sains..sebela ...

Bukak pendang first batch ni...hehehe

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071039 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top