CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kenapa Perlu Hidupkan Gambar Orang Dah Meninggak? Dajjal Semua Tu!"

13-3-2021 08:54 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6099| Komen: 30|Original author: Oleh: Cari-Azza








"Kenapa perlu hidupkan gambar orang mati? Dajjal semua tu!"


Jika anda pengguna tegar sosial media, pasti pernah ternampak aplikasi 'menggerakkan gambar'.

Ianya bermula apabila ada warganet merindui ibu bapa yang telah meninggal.  Apatah lagi ada yang tidak pernah bertemu ibu bapa mereka dan hanya berbekalkan kenangan sekeping gambar sahaja.

Jadi, dengan adanya aplikasi ala-ala Harry Porter, ianya seolah-olah menghidupkan kembali kenangan untuk menatap orang tua mereka dalam versi hidup.

Akan tetapi, perlukah kita membenarkan ianya terus-terusan digunakan? Tak takut ke?





Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berpandangan usah terlibat dengan aktiviti sebegini kerana dibimbangi akan ditimpa azab di akhirat nanti.

"Ada hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang melukis patung, akan diarahkan Allah SWT meniup roh kepada gambar tersebut."


Foto :Twitter

Tambahnya lagi, kebanyakkan netizen menggunakan aplikasi menggerakkan gambar semata-mata untuk menghidupkan kenangan. Jadi ianya tidak sepatutnya berlaku kerana melanggar lumrah alam.

"Dah gambar tu tak bergerak, cukup lah dengan suasana tersebut. Bagi orang dah meninggal dunia kita baca doa, moga Allah merahmati mereka dan bukan dengan cara hidupkan kenangan."


Foto : Twitter

Bagaimanapun, netizen bertelagah tentang pendapat tersebut lalu menyatakan jika ianya tidak dibolehkan, mengapa masih ada tayangan filem pelakon yang telah meninggal dunia?


Foto : Twitter


Manakala bagi yang berpendapat ianya salah, mereka menolaknya terlebih awal kerana bimbang pengaruh buruk.


Foto : Twitter

Jadi, untuk mengetahui mengenai keharusan gambar ini, pihak berwajib perlu mengeluarkan kenyataan demi menghentikan spekulasi. Apa pula pendapat anda? - CARI

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Adrif

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 13-3-2021 09:05 AM
Apa nama app nie ek? Ramai juga kat tik tok buat video on this
Quote rajamoney 13-3-2021 12:42 PM
sarah_ary2 replied at 13-3-2021 09:05 AM
Apa nama app nie ek? Ramai juga kat tik tok buat video on this

benda ni dipanggil deepfake
tk tau lak apa nme spesifik apps dia

sbb bdk2 je suka main bende cenggini
Quote xLillyx 13-3-2021 03:53 PM
sarah_ary2 replied at 13-3-2021 09:05 AM
Apa nama app nie ek? Ramai juga kat tik tok buat video on this

Myheritage
Quote sarah96 13-3-2021 04:28 PM
Saya memang tak berkenan app ini. Again menakutkan.
Quote sarah_ary2 13-3-2021 07:26 PM
rajamoney replied at 13-3-2021 12:42 PM
benda ni dipanggil deepfake
tk tau lak apa nme spesifik apps dia


Ohhh okkk thank youuu hahahah
Quote user.name 13-3-2021 10:05 PM
menggerakkan gambar jah katanyer. kalo nak hologram 3d letak suara bagai macam kim k buat tak mampoo khenss?
Quote batmana 14-3-2021 12:22 PM
www.myheritage.com/deep-nostalgia

deep-nostalgia

deepfake tu kire root tech utk deep-nostalgia
Quote unicornlady 14-3-2021 01:16 PM
Benda2 baru camni selalu jd ikutan
Quote Namasayaomel 14-3-2021 02:08 PM
Ok la tu..deep nostalgic for those people je..actually bagus apps ni..i pun rindu arwah atuk nenek..i
Quote oness 14-3-2021 09:24 PM
Seram je tengok
Quote neerxa 15-3-2021 01:13 AM
Menakutkan je dorg tak rasa ke masa buat tu?
Quote CikYaYaYa 15-3-2021 01:31 AM
Bagi iolss menyeramkan je. Btw patutnya org yang dah meninggal xyah laa kitaa upload gmbar yg xtutp aurt arwah..
Quote Radzor 15-3-2021 05:26 AM
KLU DLM Filem mcm p ramlee tu mcmana pula ustaz
Quote ikanmasin 15-3-2021 05:41 AM
tak berani akk..takut pun ada.
Quote Tinot7 15-3-2021 06:01 AM
Eeehhh... mcm dlm citer heri potter la...
Quote Tinot7 15-3-2021 06:04 AM
Ehh.. mcm dlm citer heri potter la.. pasni voley la verangan ala2 dok dlm dunia wizard
Quote Zirara99 15-3-2021 08:47 AM
neerxa replied at 15-3-2021 01:13 AM
Menakutkan je dorg tak rasa ke masa buat tu?

Adik aku buat kt gambar arwah ayah aku. Mengalir la gak air mata dapat lepas rindu. Sebijik sama mcm arwah senyum masa hidup. Rasa mcm tgh tgk arwah masih hidup T____T
Quote awanysss 15-3-2021 10:06 AM
aku pun sebenarnya ada try buat.
tp bila dah buat tu, aku teringat yg tanda2 akhir zaman atau dajal2 ni, salah satu cara menghidupkan og yg telah mati..

bila fikir2 balik, aku rasa infuture, boleh jd dorang buat robot atau patung mcm org yg telah mati..
skrg apps ni setakat gerak mata je pun dah berjuta orang try, ni pulak kalau ada physical figure..
Quote fifie_olin 15-3-2021 10:14 AM
masa tgk tu rasa seram jek

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041750 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top