CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sampai Bila Orang Malaysia Nak 'Overworked' Tapi Tetap Miskin?

14-3-2021 06:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5478| Komen: 36|Original author: Oleh: Cari-Azza





Nampaknya kesukaran hidup yang dialami oleh rakyat Malaysia bukan sahaja dirasai di dalam negara, malahan turut diperakui di peringkat antarabangsa.

Manakan tidak, berada di Top 5 dalam kategori 'terlebih bekerja' menjadikan ianya bukan lagi satu kebanggaan tetapi kelemahan yang dipandang remeh.

Kajian Cities With The Best Work Life Balance 2020 telah menyenaraikan lima buah negara yang mengamalkan gaya hidup sihat manakala lima buah negara lagi termasuk dalam kategori tidak seimbang.

Persoalannya, sampai bila rakyat Malaysia harus berserah?


Foto :Twitter

Bagi netizen, mereka sudah lali dengan carta tersebut. Bekerja keras tetapi tidak mendapat pulangan berbaloi bagaikan isi dengan kuku. Cuma, apabila dibandingkan dengan empat lagi negara 'overworked' lain, mereka adalah negara maju yang gaji minimumnya tinggi, sedangkan gaji minimun kita? Ada yang nak jawab?


Foto : Twitter
Foto : TTG Asia


Perbandingan ini juga mengambil kira jumlah jam bekerja iaitu rakyat Malaysia bekerja lebih kurang 2,239 jam setahun. Sementara negara maju seperti Norway, Finland, Denmark, Jerman, Belanda dan Iceland pula bekerja antara 1,354 hingga 1,495 jam setahun.

Jadi, rakyat Malaysia ni memang suka bekerja lama atau sebab diperas keringat majikan kapitalis?

"Overworked tapi masih miskin. Ada yang tak kena dengan sistem."


Foto : Twitter

Banyak bukti menunjukkan yang Malaysia masih berada di tahap yang membimbangkan, namun masih tiada perubahan dilakukan oleh pihak berkenaan.


Kerja lebih masa, buat dua tiga kerja dalam satu masa, tiada keseimbangan antara kerja dan gaya hidup antara petanda awal penyakit mental.

Jadi, awas! Jaga diri anda dan keluarga, jika ada rezeki berlebihan, boleh bantu mereka yang kurang berkemampuan di luar sana. Kita jaga kita. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tensic~ 14-3-2021 07:01 PM
Kt Malaysia enginner gigih jual norwex... Doktor gigih jual emas.. apa2 ntah
Quote Nes3in1 14-3-2021 07:04 PM
Biasala towkey2 mmg kedekut nak naikkan gaji pekerja2 bawahan. Talak untung maa kata towkey. Tapi kalau kasi perabih duit berjudi dekat genting, dekat ayam vietnam no hal punya.
Quote gummiebear 14-3-2021 07:09 PM
Kerja je lah sampai ajm
Quote unicornlady 14-3-2021 07:09 PM
Tu la. Sebagai org Islam, kita jangan lupa tanggungjawab untuk solat, puasa dan sebagai nya. In sha Allah akan dipermudahkan rezeki, ameen
Quote little_sis 14-3-2021 07:14 PM
Ikut pengalaaman aku.. bos susah nak bg salary increment setimpal.. keje teruk pun dpt kenaikan gaji x setimpal.. malah ada yg x dpt salary increment pun..
Quote KIM.K 14-3-2021 07:33 PM
Nabi kata kalau jumpa ramai org miskin di negara islam maknanya ada perompak
Salah tolong betulkan

Dah serupa 'Netflix: White Tiger'
Quote Belibis 14-3-2021 07:33 PM
tensic~: Kt Malaysia enginner gigih jual norwex... Doktor gigih jual emas.. apa2 ntah

Dr buat MLM emway bersepah.promot multivitamin tak beragak.guna profession kedoktoran untuk meyakinkan pengguna.
Quote otai_g 14-3-2021 07:41 PM
Dkt msia, org yg buat 2 kerja biasa.
Msia ni kuat sgt sistem kapitalis dia.
Yg kaya makin kaya, yg miskin maintain miskin.
Jurang org kaya dgn miskin kat msia sgt jauh.

Gov pun x de apa yg dibuat utk overlook this issue.
Quote CiliPadiSedap 14-3-2021 07:50 PM
kita meroyan camne sekalipun sistem tu tak berubah. ubah diri kita ubah view kita. insya allah akaun bank makin gemuk, insya allah semua pekara u impikan akan dapat dicapai.

change ourself first.
Quote Boboyottt 14-3-2021 08:06 PM
Ye menyimpan pon hujung bulan terpaksa guna
Quote LadyCarefree 14-3-2021 09:00 PM
tensic~: Kt Malaysia enginner gigih jual norwex... Doktor gigih jual emas.. apa2 ntah



Doktor gigih menulis cerita seram kat sepital pastu bukukan dan jual. iols pernah terbaca post satu doktor ni gigih poat gambar dia terlantar kat sepital tp dia kata kalau nak tau dia sakit apa kena beli buku dia. Lol

Ada satu doktor tu pulak konon hebat sbb pernah keluar bumi. Tp dok jual ubat sakit lutut, ubat entah apa, serbuk tanah, buku, buat produk review. Paling xleh tahan acah2 konon the most perfect and hebat parent in the world.

Eh jap ni thread pasal apa. Hehe
Quote LadyCarefree 14-3-2021 09:01 PM
Nes3in1: Biasala towkey2 mmg kedekut nak naikkan gaji pekerja2 bawahan. Talak untung maa kata towkey. Tapi kalau kasi perabih duit berjudi dekat genting, dekat ...


Oooo gitu. Tokey2 semua cina ke? Kuli semua meleis?
Quote doubleA 14-3-2021 09:11 PM
Betul la, sad truth. Dalam pada ada yg gigih buat 2,3 kerja, ada juga yg ambik kesempatan, kaya raya dengan jual barang timbang kilo harga yahudi entah2 yg beli tu yg buat 2,3 kerja ni
Quote airmineral 14-3-2021 09:20 PM
mungkin akan berakhir bila rakyat msia cerdik pandai dan xsilap undi wakil rakyat masing2..

tp masalah skg org sibuk promote xbelaja pon xpe janji kaya{:freak
Quote airmineral 14-3-2021 09:20 PM
tensic~: Kt Malaysia enginner gigih jual norwex... Doktor gigih jual emas.. apa2 ntah


ye wak.. dulu menteri yg suruh buat keje lebih drpd 1..
Quote Tinot7 14-3-2021 09:32 PM
Yg kaki overworked sumer negara asia. Yg ada worklife balance sumer negara omputih.

Mentaliti org asia mmg suka perah org bawah. Union tahpape. Tak jaga langsung.

Walopon berita ni dah pernah kluar, kali ni iols berminat nak tau UK dan US kat tangga mana.. kan acikmek ngadu kat oprah takde sape jaga dia masa keje...
Quote lavendernovella 15-3-2021 12:23 AM
Selagi atasan yang kaya sombong, bongkak dan kedekut , selagi tu lah rakyat kerja macam hamba ni tak kaya2.  
Quote mialunar 15-3-2021 12:46 AM
Memang bnyak swasta overwork.. Pastu blik hadap jem.. Stress atas jalan pulak...
Quote neerxa 15-3-2021 01:03 AM
Tp yg aku tgk ramai yg malas drpd rajin

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.092433 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top