Stacy tak tolak rezeki sekiranya dikurniakan anak yang kedua. Kata Stacy, anaknya, Eshaal sudah bertanya mengenai adik baharu.
"Sebenarnya kalau nak tahu, anak saya yang bongsu sudah bertanya bila dia nak ada adik. Malah Akim pun ada 'minta' juga. Macam tu lah. Jujurnya, saya tidak menolak untuk hamil lagi, cuma bergantung pada rezeki juga. "Jadi saya harap semua doakan sajalah yang terbaik untuk kami berdua, Insya-Allah," katanya kepada Harian Metri. Kata isteri kepada Akim Ahmad ini lagi, dia menyerahkan perkara itu kepada Allah. "Sejujurnya kami memang tidak merancang dah hanya berserah sahaja. Kalau merancang pun, mungkin dari segi kesesuaian masa. Sebagai contoh, tahun lalu, saya nak keluarkan single terbaru yang rancak jadi agak sukar sekiranya saya mengandung. "Apa pun, kami okay saja dan memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, cuma belum ada tanda-tanda ke arah itu. Kalau ada rezeki, pasti saya akan kongsikan berita gembira ini kepada semua." Sama-sama kita doakan Stacy murah rezeki. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|