Genap setahun perkenalan di Instagram, Harith Zazman yang popular dengan lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Nuramalina Ghakaskhah dalam satu majlis yang diadakan di Serendah, Hulu Selangor pada pagi Sabtu.
Harith atau nama sebenarnya, Mohamad Harith Saifulzazman, 27, bersyukur majlis berlangsung dengan lancar seperti yang direncanakan. Pasangan itu walau bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun ia mungkin akan diadakan dalam tahun ini juga. "Alhamdulillah saya dah selamat bertunang dan majlis berjalan lancar. "Kami bagaimanapun belum berbincang lagi bila tarikh bakal disatukan tapi kemungkinan besar akan diadakan pada tahun ini juga.
"Orang kata buat perkara baik lebih cepat lagi bagus... Bila dah ready semua, kami akan terus langsungkan. InsyaAllah doakan yang baik-baik," katanya ketika dihubungi mStar.
|
dudaberhias replied at 15-3-2021 10:17 AM
Tahniah, btw gf heols kat vid tu macam laki peserta gegar vaganza yang dua orang menang sekali tu da ...
dudaberhias replied at 15-3-2021 09:17 AM
Tahniah, btw gf heols kat vid tu macam laki peserta gegar vaganza yang dua orang menang sekali tu da ...
beta_carotene replied at 15-3-2021 10:49 AM
hahahha cm muka naqiu
ADVERTISEMENT