Pelakon, Mustaqim Bahadon, meluahkan rasa terhadap sikap segelintir pihak yang sering memberi alasan setiap kali ingin memilih barisan pelakon bagi menjayakan sesebuah projek. Jelas Mustaqim, namanya sering kali dipinggirkan gara-gara wajahnya kerap muncul di stesen TV lain.
Tambah menyedihkan, ada yang meluahkan rasa jemu apabila dia ingin terus bekerja dengan stesen TV sama, Manakala, apabila dia ingin mencuba nasib bersama stesen TV yang belum pernah dia sertai, jumlah pengikut di media sosial pula menjadi halangan. Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Mustaqim menjelaskan dia tidak akan sesekali mengalah kerana dia amat menyayangi kariernya sebagai seorang anak seni. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain berharap isu ini tidak mematahkan semangat Mustaqim untuk terus mencipta nama dalam industri lakonan tanah air. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT