MK K-Clique atau Muhammad Hairi Amin hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik apabila ditanya soal memakai gelang emas. Pertanyaan itu berikutan dirinya yang kini memegang mandat sebagai muka hadapan pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd.
MK yang pernah dikritik kerana memakai gelang emas sebelum ini dilaporkan menyertai kelas belajar agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang, baru-baru ini. Melihatkan imejnya itu (memakai gelang emas) yang hukumnya haram di sisi agama Islam kurang sesuai, maka orang ramai mula bertanya sama ada dia sudah berubah sepenuhnya. "Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang. "Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu. "Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup," katanya kepada Media Hiburan. Tambahnya, bukan mudah memuaskan hati semua pihak. - CARI
|
Themilo replied at 15-3-2021 01:00 PM
harap MK dapat bimbing meols juga.. makan hati @Kurex & @dudaberhias
Themilo replied at 15-3-2021 01:00 PM
harap MK dapat bimbing meols juga.. makan hati @Kurex & @dudaberhias
slyfynx replied at 15-3-2021 09:27 PM
Nh, untuk @Kurex
Ade lg, tp mostly short clips.
Malas nk screenshot
ADVERTISEMENT