Sukar berenggang dengan anak membuatkan pelakon, Farah Nabilah terpaksa melupakan dunia lakonan buat seketika. Pelakon drama Titian Cinta dan Kau Yang Pertama itu lebih mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, apatah lagi, anaknya, Andre Omar baru berusia empat bulan.
Lebih setahun memperlahankan rentak seni, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH31) itu lebih memberi perhatian terhadap rumah tangga yang dibinanya bersama Mohammed Amirul Yunus. Bagaimanapun, Farah berkata, dia bukanlah mahu mengenepikan terus kerjaya lakonannya. "Ada yang menganggap saya tak nak berlakon lagi? Siapa kata saya tak nak berlakon? Saya juga rindu nak beraksi depan kamera, tetapi tunggu dahululah.
"Banyak tawaran yang diterima, tetapi saya terpaksa menolak. Baru sekarang saya faham perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak yang masih kecil. "Jujurnya, saya belum sanggup berjauhan dengan anak. Rasa macam belum puas menatap dan memeluknya. Saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran selepas Aidilfitri.
|
tapirbiru replied at 15-3-2021 02:03 PM
laki dia dh tak terbang..semedang je ada kt ig bini
ADVERTISEMENT