CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetak Kawan Serumah Sebab Berang Barang Kena Usik

15-3-2021 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3820| Komen: 20

Serdang: Seorang anggota polis cedera di leher selepas ditetak rakan serumahnya akibat tidak berpuas hati mangsa mengusik barang miliknya di Taman Puncak Jalil, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa bersama suspek yang juga anggota polis menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu.

Sumber berkata, suspek tidak berpuas hati dan mendakwa mangsa mengusik barang miliknya yang diletakkan di rumah terbabit.

Gambar Hiasan

"Mangsa kemudian ditetak sebanyak dua kali di bahagian leher sebelum bertindak menghubungi polis.

"Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sedang duduk di lantai rumah," katanya.


Menurutnya, polis kemudian membuat tangkapan terhadap rakan serumah suspek yang masih berada di dalam rumah berkenaan.

"Suspek akan ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 15-3-2021 02:52 PM
orang macam ni elok dok rumah sorang jah..
Quote rajamoney 15-3-2021 03:03 PM
yg usik barang org tu nape

usik barang sndiri da la
Quote mikasa 15-3-2021 03:26 PM
Ni mesti ada kes lama terpendam + tekanan tempat kerja....bila meletop.....masib baik tak dibenarkan bawak balik pistol je tu
Quote supernaturalee 15-3-2021 03:34 PM
polis tetak polis
lps tu polis kol polis utk thn suspek yg jgk polis
lps tu polis kol ambulan utk bwk mangsa yg jgk polis ke hosp


Quote eyansss 15-3-2021 03:47 PM
respect barang orang...  jangan dikacau...  dan untuk yang tak suka barang kena kacau, sila menyewa sorang2...  banyak manusia sejenis tak reti hormat barang orang ni...  better la tinggal sorang2...
Quote Skuau 15-3-2021 04:10 PM
eyansss replied at 15-3-2021 03:47 PM
respect barang orang...  jangan dikacau...  dan untuk yang tak suka barang kena kacau, sila menyewa  ...

ada ke orang suka barangnya kena kacau???
Quote shernazz 15-3-2021 04:17 PM
Ada orang jenis suka usik2 barang
Dan empunya barang.plak.jenis ingat barang letak.mana..tetiba takdak kat situ
Memang mengundang marah la
Quote sharlenetexas 15-3-2021 04:19 PM
Dah ko kacau barang orang tu kenapa?
Quote eyansss 15-3-2021 04:19 PM
Skuau replied at 15-3-2021 04:10 PM
ada ke orang suka barangnya kena kacau???

sebab tu aku advise duduk sensorang sebab ramai orang tak reti nak respek barang orang ni...  aku memang meluat n that is the reason aku menyewa sorang2...  cuma ada dua kes tetiba mangkuk ayun menyemak duduk rumah aku (memula alasan nak tumpang siap menangis mintak simpati pastu terus menyemak taknak keluar)...  tapi tu je la...  memang aku takkan menyewa dah dengan orang...
buat yang tak reti nak hormat barang orang, u may root in hell...  hahahaha...
Quote sukacactus 15-3-2021 04:34 PM
Biasaaaaa dia tu!
Quote ikanmasin 15-3-2021 04:58 PM
dah bgt jgn usik apasal usik jg..
Quote jahcomel 15-3-2021 05:00 PM
Sakit ati tau kalu org usik kacau barang2 Kita, ambik brg to wat xtau...baik mampus lh kwn camtu..
Quote Belibis 15-3-2021 05:04 PM
supernaturalee: polis tetak polislps tu polis kol polis utk thn suspek yg jgk polislps tu polis kol ambulan utk bwk mangsa yg jgk polis ke hosp

So...kita2 yang bukan pulis ni duk diam2 sambil makan popkoon jer.jangan nak sibuk urusan pulis.
Quote LoveSungmin 15-3-2021 05:42 PM
Macam i la ni, bole buat gaduh kalau barang kena usik.. I tau mana i letak barang tu but bila cari takda, boleh angin 1 badan
Quote cariplease 15-3-2021 10:00 PM
salah satu contoh polis tidak dapat mengawal emosi.
Quote Jorja 15-3-2021 11:50 PM
Pegawai polis apa macam ni. Keamanan dalam rumah pun tak boleh jaga apalagi negara
Quote qicki 16-3-2021 11:02 AM
dah pesan bnyk kali sejenis degil jugak kot.....tp extreme jugak la sampai tetak
Quote Hazi1975 16-3-2021 11:10 AM
Polis skrg mcm2 feel mcm mane lah blh lps jd polis sdgkn hal mcm ni pn x blh settle lg nk jags org awam
Quote trisnalovezul 16-3-2021 05:27 PM
aduhhh byk kes bunuh ya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052246 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top