CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Kenapa Tolak Kereta Masuk Dalam Tasik?

15-3-2021 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4074| Komen: 24

Sungai Siput: Anggota bomba terpaksa melakukan selaman di bekas lombong di Taman Lintang Makmur, di sini, hari ini selepas menerima laporan sebuah kereta ditolak ke dalam ke lombong berkenaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis pada 7.20 pagi mengenai sebuah Proton Satria ditolak oleh pemiliknya iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi membantu polis mengesahkan dakwaan pemilik kereta itu bahawa tiada mangsa di dalam kenderaan atau sebaliknya.


Foto: Harian Metro

"Lelaki terbabit mendakwa dia bersendirian ketika menolak kereta itu. Selain itu, terdapat juga saksi mendakwa melihat lelaki berkenaan menolak kereta berkenaan sewaktu memancing di tasik ini kira-kira 6.30 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.


Beliau berkata, operasi pencarian membabitkan 11 anggota BBP Sungai Siput selain enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar dan tujuh anggota polis.

Setakat 12 tengah hari tadi, selaman yang dilakukan dalam jarak 30 meter dari tebing tasik berkenaan hanya menjumpai kesan kereta itu.

Menurutnya, operasi SAR ini dilakukan untuk memastikan tiada mangsa lain di dalam kereta itu seperti dakwaan pemiliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan penahanan pemilik kereta untuk membantu siasatan.

Menurutnya, saringan ujian air kencing juga mendapati suspek itu positif dadah.

"Saya tidak mahu memberi komen selagi kereta itu belum dijumpai kerana ia masih dalam siasatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 15-3-2021 02:55 PM
kereta tu panas la tu

masuk tasik sjuk skit
Quote prettyuglybabe 15-3-2021 03:04 PM
kalau jual scrap dapat gak duit beli dadah
Quote notM 15-3-2021 03:08 PM
Otak dah biol....Tak lama lagi kojol
Quote MissyMolly 15-3-2021 03:12 PM
Nk perangkap ikan byk2 sekali tros tuh
Quote izwan_izi 15-3-2021 03:17 PM
mungkin frust pancing ikan tak dpt...

tu yg ditolak kereta tu masuk tasik dgn harapan dpt jd tukun tiruan utk pembiakan ikan dan batu karang...hehehehehehe
Quote jazaa100 15-3-2021 03:21 PM
prettyuglybabe replied at 15-3-2021 03:04 PM
kalau jual scrap dapat gak duit beli dadah

dpt rm1k je ...

tu dia nk claim insuran le tu
Quote supernaturalee 15-3-2021 03:40 PM
biar btl xjumpa kete dlm tu
dlm mn lombong ni


Quote saviour_09 15-3-2021 04:19 PM
sangkut monthly, declare hilang, claim insurans

done husnudzon  
Quote sukacactus 15-3-2021 04:32 PM
Zaman skrg kat pakat2 suicidal kena bunuh bagai
Kali ni turn satria
Quote Belibis 15-3-2021 05:06 PM
izwan_izi: mungkin frust pancing ikan tak dpt...tu yg ditolak kereta tu masuk tasik dgn harapan dpt jd tukun tiruan utk pembiakan ikan dan batu karang...hehehehe ...

Atau dia nak letupkan kereta dalam air.buat bom ikan.{:cryrun
Quote chandrahusin 15-3-2021 05:20 PM
harap mmg takde sapa lain lagi lah dlm tu
6 30 pagi.. awal lagi
Quote pxlbb 15-3-2021 05:57 PM
Otak aku selalu layan citer detective payah nak husnuzon
Quote budaktua 15-3-2021 06:00 PM
mabuk habis ikan tertelan minyak keta...
Quote bisamyhead 15-3-2021 09:06 PM
Macam2 lah sekarang.. hurmmm
Quote bisamyhead 15-3-2021 09:06 PM
sukacactus replied at 15-3-2021 04:32 PM
Zaman skrg kat pakat2 suicidal kena bunuh bagai
Kali ni turn satria

Ni lawak. Hahahahhaa
Quote b_n_c 15-3-2021 09:53 PM
apo kehey yob
Quote malaygirl 15-3-2021 10:03 PM
Ermmm positif dadah. Masa menolak kereta masuk tasik tu kepala tengah penuh ke
Quote mikasa 15-3-2021 10:22 PM
Baik laa dia kawtim total lost accident
Quote Alisani140900 16-3-2021 02:33 AM
Gila dalamnyaa 30 meter pon ta jumpa lagi..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036192 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top