Memahami trend platform TikTok yang sangat pantas menambat hati pengguna media sosial, ramai yang mula menggunakannya sama ada untuk mencari info atau pun berhibur. Bagaimanapun, di sebalik hiburan yang direka oleh 'content creator', ada juga bahan yang tidak sesuai ditayangkan di khalayak ramai, namun mereka seolah-olah tidak menyedarinya. Menceritakan tentang alat sulit, hubungan intim suami isteri dengan alasan menyampaikan informasi kini menjadi tumpuan, sedangkan khalayak penonton Tik Tok itu sendiri adalah pelbagai! Dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa Di mana malunya wanita Melayu bertudung menceritakan perihal dalam kain? Mungkin bagi segelintir pengguna video pendek aplikasi itu, perkongsian sebegini tiada masalahnya. Tidak semua orang mempunyai pengetahuan dan dengan ini ianya adalah platform percuma untuk mereka. "Serious question. Is it really okay? Sebab i tak nampak macam sex education silibus pun kalau cita pasal kalau tak climax nak buat apa? Is this pornhub? Dah la melayu fetish pelik pelik kat perempuan pakai tudung!" Bagaimanapun,
bagi sesetengah pengguna lainnya, perihal se*s tidak perlu
diheboh-hebohkan, bimbang nanti ianya disalahgunakan penonton yang
tidak cukup umur! Jadi, bagaimana? Perlukah kita membiarkan video 'maklumat' begini berkeliaran di media sosial? Atau generasi pelapis kini sudah matang untuk menontonnya? - CARI |
crossline replied at 16-3-2021 05:21 PM
Friskis
Or
ADVERTISEMENT