Kisah seorang lelaki membawa anak berjalan kaki hampir 100 kilometer meruntun jiwa ramai warga maya. Menurut pengguna Facebook Pak Rattaphim, dia terserempak dengan tiga beranak itu di tepi jalan di Bak Tham ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Katanya, lelaki itu memimpin dua anaknya untuk mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan selepas ditinggalkan isteri yang melarikan diri bersama lelaki lain. Loading FB Post...
“Saya tidak sampai hati melihat mereka dan menumpangkan keluarga ini hingga ke Korat. Saya memberikan sedikit wang belanja dan berpesan kepada lelaki itu untuk menjaga anak-anaknya dengan baik. “Selagi kita boleh bantu, kita bantu. Saya harap bapa ini terus kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” tulis Ratthaphim seperti dilapor Siam News yang dipetik Kosmo!. - CARI
|
Artemesiaa replied at 16-3-2021 12:14 PM
Jadi selama ni tak kerjalah ke kes asyik harap kat bini lama2 bini pun cabut lari. Bila bini dah ca ...
rajamoney replied at 15-3-2021 10:59 PM
tu la kalau kerajaan 24 jam asyik berpolitik
rakyat yg merana
jazaa100 replied at 16-3-2021 01:07 PM
ni kat telend okay......
kau jgn baca tajuk je......
ADVERTISEMENT