CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Rogol Da'i Syed: Pendakwaan Serah Dua Dokumen Perubatan

16-3-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2537| Komen: 16

Shah Alam: Pihak pendakwaan sudah menyerahkan dua laporan perubatan berkaitan kes rogol membabitkan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memaklumkan perkara itu semasa kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie hari ini.

Beliau berkata, dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam, dekat sini dan Hospital Temerloh, Pahang juga diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.


Foto: Harian Metro

"Bagaimanapun satu lagi dokumen perubatan dari Hospital Kajang dan satu laporan kimia masih belum diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan dalam masa terdekat," kata Nor Baizura.


Peguam Syed Amirul Syed Edros mengesahkan menerima kedua-dua dokumen perubatan tersebut dan mahkamah menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Oktober 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 16-3-2021 12:38 PM
bkd ni cm nuar

muka cool je walau dah buat keje terkutuk tu

Quote lattehazelnut 16-3-2021 02:21 PM
Lamanya nak bicara
Quote dudaberhias 16-3-2021 02:24 PM
Lama jugak. Tak sangka dia ni masih ada perempuan2 gatal yang gigih komen kat ig dia, muka jongos pun boleh selera. Ke tu fake account trooper dia?
Quote Boomibulat 16-3-2021 02:25 PM
Letih la..kena gari pun nmpk macho
Quote pxlbb 16-3-2021 02:39 PM
Boomibulat: Letih la..kena gari pun nmpk macho


Kohkohkohkoh {:kill
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 02:43 PM
Boomibulat replied at 16-3-2021 02:25 PM
Letih la..kena gari pun nmpk macho

BBNU garit cakap camtu ka aritu?
Quote husna_amal 16-3-2021 03:07 PM
Lelaki yang pandai cakap macam dai perogol ni memang mudah perangkap mangsa.
Quote hasniey 16-3-2021 03:53 PM
Jijik...sama jijik dgn peminat dia yg asik letih sbb cair tgok nuka haprak dia ni.ni jual cookies.kuar lagu baru,maka beramai2 la pecah ovari lg
Quote cikanggun 16-3-2021 05:28 PM
Tak hensem pon. Not my taste gituhhhh
Quote rajamoney 16-3-2021 05:28 PM
Boomibulat replied at 16-3-2021 02:25 PM
Letih la..kena gari pun nmpk macho

barbie la ko


Quote Mrperfect2 16-3-2021 10:45 PM
tak hensem tak apa, janji......kaya
Quote salmon-suki 16-3-2021 11:21 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 02:24 PM
Lama jugak. Tak sangka dia ni masih ada perempuan2 gatal yang gigih komen kat ig dia, muka jongos pu ...

Kt ig xde muka jongos buruk kaka..filter kan ada..hihihi~

Tp mmg ramai betina garit seperti "mangsa" ni duk komen gelenyar..so,pd ai,dua2 bodoh.. pemangsa bodoh,"mangsa" pun bodoh..
Quote dudaberhias 16-3-2021 11:23 PM
salmon-suki replied at 16-3-2021 11:21 PM
Kt ig xde muka jongos buruk kaka..filter kan ada..hihihi~

Tp mmg ramai betina garit seperti "ma ...

oooo tu la... tapi tengok dia berlakon sebagai pelakon tambahan kat tv3 pukul 6 petang tu ya ampunnn jhowo, jongos, gelap habis... lagi gelap dari melayu myanmar penempatan dekat langkawi tu.... herlok dan wangi lagi melayu2 myanmar tu...
Quote salmon-suki 16-3-2021 11:29 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 11:23 PM
oooo tu la... tapi tengok dia berlakon sebagai pelakon tambahan kat tv3 pukul 6 petang tu ya ampun ...

Yee kaka..ai tgk klip video jah y dia berlakon tu,sgt laa berbeza dgn kt ig dia..kemain lg...urmmmm....nak face n body shaming sket..kemain xtasty muka n body dia.. hihihi..

Tp kalau masuk live ig dia,sgt berbeza dgn rupa dalam drama tu...ai pernah masuk ig live dia,kejap je,xtahan aiolzs tgk betina2 dlm tu mengkomen gelenyar masing2..maruah mmg dah ltk bawah tapak kaki kot masing2..
Quote piao 17-3-2021 01:51 AM
Semak la kau pg jahanam cpt skit la
Quote piao 17-3-2021 01:52 AM
dudaberhias: Lama jugak. Tak sangka dia ni masih ada perempuan2 gatal yang gigih komen kat ig dia, muka jongos pun boleh selera. Ke tu fake account trooper dia?


Aku pun geram je n dia ni... semak la

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049694 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top