"Saya tak mahu komen apa-apa dan tak mahu panjangkan hal ini," kata pelakon, Emma Maembong ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu kes pembantu rumahnya yang melarikan diri seperti dikongsikan di Instagram, semalam.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memilih memberikan jawapan ringkas itu ketika dihubungi Harian Metro. Semalam, Emma memuat naik foto individu yang dipercayai pembantu rumahnya disertakan dengan tulisan 'wanted' atau dikehendaki. Dalam hantaran sama, Emma menjelaskan mengenai kehilangan pembantu rumahnya itu. Walaupun tidak mahu berkongsi sebarang kenyataan mengenai perkembangan terbaru berhubung perkara itu, tinjauan Harian Metro di Instagram Emma mendapati hantaran dibuat masih lagi belum dipadam. "Saya tidak tahu kenapa dia lari sebab kami okey, tiada masalah. Sebenarnya saya suka dengan cara kerjanya yang bagus, rajin dan baik.
"Saya sayang dia hingga anggap dia sebahagian daripada keluarga. Suami saya pun sayang sangat dia. Saya tengok dia penat, saya bawa pergi belah-belah, bagi duit, suruh dia beli apa dia nak," katanya. Pelakon drama Kimchi Untuk Awak ini mendakwa pembantu rumahnya itu mungkin termakan kata-kata seorang lelaki yang ingin berkahwin dengannya sehingga sanggup melarikan diri. "Seorang lagi pembantu rumah saya beritahu, dia lari sebab kenal seorang lelaki di Facebook dan dia nak kahwin. Lelaki itu janji dia macam-macam. "Bagi saya, kalau betul nak kahwin, tak apa, cakap saja elok-elok dengan saya. Silap haribulan, saya yang akan beli baju kahwin dia dan siapkan pelamin sebab saya memang sayang dia," katanya.
|
dudaberhias replied at 16-3-2021 03:44 PM
kesian emma... tu la nasib bila ambil maid indon...
maid tu pun mungkin lonely tak bebas nak berjan ...
ADVERTISEMENT