Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan. Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah. "Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa. "Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa," ujarnya. Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka. Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
|
ADVERTISEMENT