Menjual rumah sendiri amat sesuai bagi pemilik yang bijak membuat analisa pasaran, memahami proses jual beli, mempunyai kenalan seperti jurubank dan peguam hartanah. Namun, tahukah anda bahawa jual rumah pun ada kos yang perlu dikeluarkan? Ya bossku, jangan terkejut. Kos jual rumah yang perlu pemilik rumah ambil tahu terbahagi kepada dua iaitu kos yuran dan kos cukai. A. KOS YURAN 1. Yuran Bayaran Ejen Hartanah Kos ini hanya perlu dikeluarkan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah. Kadar yang biasa dikenakan ialah 3% harga jualan rumah. Antara sebab utama kita menggunakan servis ejen hartanah kerana kita mahu menjual rumah dengan cepat tanpa perlu pening kepala. Walaubagaimanapun, jika kita berhasrat menjual sendiri rumah, tak perlulah nak keluarkan kos ini. 2. Yuran Guaman Untuk Jual Rumah Kedua dua pembeli dan penjual wajib melantik peguam untuk mewakili mereka semasa urusan jual beli rumah. Maklumlah, beli rumah bukan murah. Jadi, kita mesti melantik peguam untuk memastikan hak setiap pihak terlibat terpelihara dari segi undang undang. Kos guaman untuk penjual strata atau individu adalah sangat berbeza mengikut kes dan masalah yang terlibat. Kebiasaanya kos ini kurang 1% harga jual beli bergantung kepada harga rumah. 3. Kos pembaikan dan ubahsuai rumah Nak tahu cara jual rumah cepat? Impresi pertama pembeli sangat penting semasa mereka lihat rumah. Maka, bagi memastikan rumah kelihatan menarik semasa menerima lawatan bakal pembeli, kita perlu melaburkan sedikit kos memperbaiki kerosakan di rumah untuk menarik minat bakal pembeli. Sebab tulah tak boleh nak kedekut dalam membaik pulih dan mengubahsuai rumah yang nak dijual. Apapun, kos pembaikan dan ubahsuai rumah tu pun sebenarnya boleh dimasukkan dalam harga bila nak dijual nanti. B. KOS CUKAI 1. Cukai Hartanah (RPGT) Ketika menjual rumah, terdapat cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan hartanah anda. Jika tiada untung, tiada cukai dikenakan. Nama cukai ini adalah cukai keuntungan harta tanah (CKHT/RPGT). Kadar dan kiraan cukai adalah seperti di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya berubah dari masa ke semasa. Cukai jual rumah ini memang tinggi. Tapi ada beberapa cara untuk dapatkan pengecualian atau kurangkan bayaran. a. Buat pengecualian sekali seumur hidup Kerajaan membenarkan anda untuk buat pengecualian penuh cukai RPGT. Tetapi pengecualian ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. b. Buat penolakan untuk kos-kos belian dan jualan hartanah. Kos ini termasuklah:
2. Penalti Lock-in Period Sesetengah bank mengenakan penalti jika anda jual dalam suatu tempoh (biasanya 3 ke 5 tahun), setelah anda mendapat pinjaman. Bank akan kenakan penalti ini ke atas hutang asal dan kadar penalti boleh jadi sekitar 2% ke 5%. 3. Cukai Pendapatan Penjualan rumah anda mungkin dikenakan Cukai Pendapatan kerana LHDN aktif meneliti transaksi hartanah untuk menentukan sama ada penjualan tersebut (berdasarkan keadaan setiap penjualan) tertakluk kepada CHKT atau Cukai Pendapatan. Semoga artikel yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam urusan jual beli rumah anda. -CARI Kredit - Property Guru
|
zehra2 replied at 18-3-2021 11:18 AM
ya.. aku lah yg tersakiti.. sbb share lawyer n ejen aku pemalas nak mampus
Allah swt saja yg maha m ...
zehra2 replied at 18-3-2021 11:18 AM
ya.. aku lah yg tersakiti.. sbb share lawyer n ejen aku pemalas nak mampus
Allah swt saja yg maha m ...
ADVERTISEMENT