Seorang lelaki gagal ujian teori memandu 192 kali. Menurut laporan media tempatan seperti dipetik Daily Star, lelaki Poland itu telah menghabiskan 6,000 zloty (RM6,400) bagi yuran ujian sahaja.
Bagaimanapun, dia bukan individu pertama berdepan kesukaran untuk lulus ujian teori memandu. Pada 2009, seorang wanita Korea Selatan hanya lulus pada percubaan ke 950, lapor The Guardan ketika itu. Difahamkan, wanita berusia 67 tahun itu memerlukan lesen memandu untuk perniagaannya dan dia telah menghabiskan 2,500 pound (RM14,308) hanya untuk membayar yuran permohonan. Malangnya, dia gagal meraih markah minimum 60 daripada 100 markah penuh untuk lulus ujian berkenaan. Manakala, lelaki dari Piotrków Trybunalski berusia 50 tahun itu masih gagal ujian teori memandu sejak kali pertama mengambil ujian berkenaan pada 17 tahun lalu.
Menurut laporan tempatan, ia merupakan percubaan terbanyak direkodkan di Poland. Sementara itu, seorang pemandu malang berusia 42 tahun di United Kingdom menghabiskan sebanyak 3,600 pound (RM20,603) sebelum lulus ujian teori memandu pada percubaan ke 158. - CARI
|
rajamoney replied at 16-3-2021 01:47 PM
kt malaysia tk de lesen elok je bawak kereta
jazaa100 replied at 16-3-2021 02:19 PM
kat msia driver byk pilihan dol.....
i) lesen sah
R2D2 replied at 16-3-2021 02:29 PM
di satu negara
ada yg berusaha nak jadi PM
lebih 22 tahun usaha
ADVERTISEMENT