Berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu bermakna selesailah satu urusan penting dan kini masuk pula episod baharu apabila penyanyi Syamel dan Ernie Zakri berkira-kira hari untuk menjadi suami-isteri dalam waktu terdekat.
Khabar angin mula bertiup kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Bagaiamanapun, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting. "Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, InsyaAllah. "Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, mStar difahamkan mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021. Bagaimanapun, ia hanya sekadar khabar angin dan hanya tuan badan sahaja yang mengetahuinya. Kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi daripada mereka berdua. Mengesahkan khabar angin itu, menerusi laporan mStar sebelum ini, Ernie yang juga pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan sebaik AJL35 berakhir. "Apa yang saya boleh katakan dan kongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah... kami akan langsungkan perkahwinan. "Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak," katanya. Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT