Neger Sabah akan membeli dos vaksin Covid-19 sendiri sekiranya bekalan tidak mencukupi untuk semua orang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ujarnya, ia bagi memastikan semua penduduk mendapat suntikan vaksin dan memastikan wujudnya imuniti kelompok terhadap virus. Malah, beliau turut menggesa semua orang untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera secepat mungkin. kata Hajiji, kerajaan Persekutuan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hampir semua orang mendapat vaksinasi tetapi sekiranya bekalannya tidak mencukupi, kerajaan negeri juga akan melakukan peranannya untuk memastikan orang mendapat imunisasi.
Seramai 32,711 orang di Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 mereka pada 16 Mac. - CARI Sumber: The Star.
|
ADVERTISEMENT