CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Filem 50 First Dates, Wanita Hilang Ingatan Setiap Kali Teruja!

17-3-2021 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2433| Komen: 12

Wanita berusia 21 tahun mendakwa kehidupannya seperti kisah filem 50 First Dates kerana kerap terlupa siapa pasangannya. 

Daily Star melaporkan, Megan Jackson dari Leeds, West Yorkshire mengalami penyakit neurologi (FND) itu sehingga terpaksa mencatat rutin harian dalam diari bagi mengingatkannya mengenai hubungan dengan pasangannya.



Kredit foto: Kennedy News and Media

Dedahnya, teman wanitanya, Tara Sorkin, 22, akan memainkan muzik bagi memulihkan ingatannya.

Tetapi, dia perlu berhati-hati agar Megan tidak terlalu teruja seperti kerana bimbang diserang penyakit peliknya itu.

Kata Megan, dia akan hilang memori setiap kali ketika berasa terlalu teruja, terkejut, terlalu banyak ketawa, mahupun apabila mendengar bunyi yang kuat.

Difahamkan, dia didiagnos penyakit yang jarang berlaku itu ketika berusia 17 tahun selepas dikejarkan ke hospital oleh ibunya, Sanchia Jackson, 45, akibat mengalami sawan 35 kali sehari yang menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan dan bercakap.


"Sangat menyedihkan, saya mengalami sawan hampir setiap hari.

"Bila ketawa saja, saya akan diserang sawan. Ia menjejaskan hidup saya.

"Bukan saja sawan, malah saya akan hilang ingatan.

"Kadang-kadang, saya akan lupa siapa teman wanita saya dan ia sangat menakutkan. Malah, kadangkala saya turut melupakan ahli keluarga," ujarnya.

Lebih teruk, kekasihnya tidak dapat membuat kejutan dengan memberi hadiah dan seumpamanya kerana bimbang penyakitnya menyerang.

"Dia sangat prihatin mengenai penyakit saya. Dia akan menulis diari untuk saya setiap hari dan menyimpannya di dalam telefon saya.


Filem 50 First Dates
Kredit foto: PA

"Ia seperti filem 50 First Dates," tambahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qicki 17-3-2021 04:09 PM
wow.....menarik kes dia...tp kesian la excited2 tiba2 hilang ingatan
Quote hareeeesah 17-3-2021 04:17 PM
Boleh la cuba cari boyfren pulak bila dah lupa tu.. {:smile
Quote ReginaGeorge 17-3-2021 08:53 PM
Kena bagi dia marah la slalu nih
Quote rajamoney 17-3-2021 09:31 PM
pasti ke bkn 50 shades of grey?

Quote SayaSayangMama 17-3-2021 11:03 PM
Jap la konfius. Diorg lesbian ke
Quote Plain-tif 17-3-2021 11:38 PM
Kesiannya ada FND, nasib baik ada kawan yang rajin tuliskan rutin dalam diari
Quote jamalee 17-3-2021 11:44 PM
Uish ingat dalam movie je
Quote Cece1234 17-3-2021 11:51 PM
Sian xleh happy2 sangat..
Quote belacan_gurl 17-3-2021 11:54 PM
SayaSayangMama replied at 17-3-2021 11:03 PM
Jap la konfius. Diorg lesbian ke

Lesbian ler tu
Quote fielah 18-3-2021 06:06 AM
Mendatar la pulak hidup xboleh ketawa.. Kesian..
Quote swateng1 18-3-2021 09:57 AM
dia jadi lesbian dia tak lupa plak nooo... hahahhahahahaa
Quote cmf_almondpecan 18-3-2021 10:02 AM
swateng1 replied at 18-3-2021 09:57 AM
dia jadi lesbian dia tak lupa plak nooo... hahahhahahahaa

Haha. Mungkin sbb itu mmg naluri dia seperti mana perasaan lapar dsb

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.373814 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top