Anda rasa kenapa agaknya kucing takutkan air? Tapi yang peliknya, kucing suka pula minum air mengalir daripada paip atau kadang-kadang bermain dengan lopak air. Ironinya, setiap kali nak mandikan kucing mulalah mereka bertindak ganas dan kadang-kadang mencakar sesiapa saja yang cuba memandikan mereka. Bulu basah Yang sebenarnya, kucing sangat tidak suka perasaan berada dalam keadaan bulu yang basah. Apabila keseluruhan bulu mereka basah, kucing akan berasa berat dan tidak dapat bergerak pada tahap ketangkasan normal mereka. Itu pastinya adalah pengalaman yang sangat tidak selesa untuk kucing yang suka bergerak dengan lincah. Sejarah evolusi kucing Antara sebab lainnya ialah tiada latar belakang kucing yang dikaitkan dengan air tidak kiralah dari zaman bila sekalipun. Malah sejarah awal kucing juga datang dari tempat yang kering seperti di gurun yang tidak mempunyai air. Mungkin ini boleh membantu menjelaskan mengapa reaksi pertama mereka adalah melarikan diri setiap kali perlu mandi. Kurang kawalan Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kucing melarikan diri jika mahu dimandikan tetapi tidak kisah bermain dengan air yang menitis dari paip. Ini kerana semasa mandi di dalam tab, mereka mempunyai kurang kawalan di dalam situasi itu. Berada dalam keadaan bulu yang basah, air yang mengalir dan masuk ke dalam mata mereka pastinya sudah cukup membuat naluri kucing mereka menjadi tidak selesa. Bau kimia Kucing dapat menghidu bau bahan kimia di dalam air. Kalau anda nak tahu, kucing mempunyai deria bau yang sangat kuat. Walaupun kita tidak dapat mengesannya, bahan kimia di dalam air paip memberikan bau tertentu yang dapat dikesan oleh hidung kucing dengan segera. Mungkin itulah sebabnya kucing tidak kisah bermain dengan air yang sedikit tetapi tidak jika dimandikan terus. Walaupun begitu, ada juga kucing yang tidak ada masalah dengan air malah sukakannya. Jika betul cara pendekatan yang diajar sejak kecil, kucing tidak mempunyai masalah untuk bermain dengan air malah ketika dimandikan.
SUMBER MENTALFLOSS ANIMAL FRIENDS |
evataso replied at 17-3-2021 10:55 PM
Kucing iols suka mandi
Iddels replied at 18-3-2021 12:30 AM
Untung nya...
Sapa2 ada tips yg boley menyenangkan proses mandian kitty, plssss share....
Normabaru replied at 18-3-2021 10:24 AM
Lap je la dgn wet tisu.. Settle... Air pon jimat...
Orangelily replied at 18-3-2021 10:30 AM
i mndikan dgn water heater..air suam suam je sambil gosok2 1 bdn dia. Bulus i sukaa..memula je nk ...
Iddels replied at 18-3-2021 10:49 AM
Ohhh menariks ni.. wet tisu spesel brand ke? Sebab ada tisu yg contain alcohol..
Normabaru replied at 18-3-2021 11:58 AM
Byk je dik yang no alcohol.. Try pki baby wipes or facial wipes..mostly just ayaq putih tp jual ma ...
Noraniza_Iblis replied at 18-3-2021 12:16 PM
kucing iols kalau time mandi.. okey lg..
tp part nk keringkn dgn hair dryer..
mmg bersilat la die ...
Iddels replied at 18-3-2021 12:49 PM
Haa baby wipes! my bulus tu kira baby gak la hehehe.. thanks ya sis..
Iddels replied at 18-3-2021 12:51 PM
Hahaha boleyyy imagine! Takut bunyik hair dryer la tu.. My bulus lintang pukang jadi pelarian ...
evataso replied at 17-3-2021 10:55 PM
Kucing iols suka mandi
ADVERTISEMENT