Nampaknya, pelakon Azhar Sulaiman tidak selesa dengan kritikan negatif yang 'menghentamnya' susulan kenyataannya menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona mengecilkan payudara, baru-baru ini.
Lantaran kenyataannya itu, pelakon berkenaan dilabel seorang bapa yang berlepaskan tangan, enggan bertanggungjawab atas penampilan seksi anaknya. Malah, ada yang menegaskan seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata. "Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join TikTok sama-sama. "Kelakar pula wujud bapa macam ni dan ada yang menganggap dia seorang bapa yang sporting," tulis seorang warganet. Bagaimanapun, Azhar dilihat kurang selesa apabila dikritik sedemikian. Tegasnya, tidak salah untuk memberi teguran, tetapi gunakanlah cara dan bahasa yang sesuai. "Kalau nak berdakwah sekalipun, lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya? "Mengingati sesama insan ok, tapi bahasa kena jaga brader. "Lu suka ke kena sound macam mana lu sound gua?" soalnya. Malah, Azhar kemudian 'menjemput' individu terbabit untuk bersemuka dengannya. Bagaimanapun, orang ramai meninggalkan komen positif dan memberi kata semangat kepada Azhar serta meminta dia mengabaikan komen negatif itu. - CARI
|
hashashes replied at 18-3-2021 08:40 AM
Kenapa bila marah je mesti keluar lu gua lu gua
ADVERTISEMENT