CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Rongak Tak Malu Buat TikTok Kini 'Famous' Di Media Sosial

18-3-2021 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6747| Komen: 23

Keyakinan seorang gadis yang menghasilkan video sambil menunjukkan keadaan giginya yang kurang sempurna, menjadi bualan netizen.

Menurut empunya badan, Nurfaraain Jamaluddin, dia sekadar suka-suka berkongsi video dan bagaikan sudah menjangka dirinya bakal dijadikan bahan jenaka dan kecaman.



Kredit foto: TikTok

Namun kata gadis berusia 22 tahun itu, dia terkejut apabila menerima reaksi berbeza yang mana rata-rata netizen memberi pujian, sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya.

"Saya ada masalah gigi sejak darjah 4. Ada masalah urat saraf. Dah tak boleh nak ubati, jadi bernanah di bahagian gusi.

"Tahun ni saya mula cabut. Setakat ni dah buang dua gigi, saya akan meneruskan rawatan dan buang enam lagi gigi.

"Saya suka tengok orang lain buat video, jadi saya cuba buat juga. Kadang-kadang segan sebab kita tak ada gigi, takut orang kecam.


"Tapi terbalik pula. Kali ni orang bagi kata-kata semangat. Mula-mula tu memang saya takut," ujarnya kepada mStar.



Mesra disapa Ain, dia mendedahkan cukup terkejut apabila menerima pujian ramai atas keyakinan yang ditonjolkan.

Biarpun ada sedikit komen negatif, dia langsung tidak ambil hati dan menerima segalanya dengan hati terbuka.

"Ingatkan tunjuk diri tak ada gigi, orang akan kutuk. Tapi Alhamdulillah semua OK.

"Cuma ada seorang dua, mereka suruh saya beli gigi, betulkan gigi... ada yang kata, muka dah cantik, gigi entah apa-apa.

"Biarlah mereka kutuk, saya tak ambil hati. Yang mana beri sokongan, saya ucapkan terima kasih," ujarnya.

Dedah Ain, kisah dirinya itu turut membuka rezeki apabila dia dihubungi untuk membuat reviu produk.



Pada waktu ini, Ain masih bekerja di sebuah medan selera di Alor Gajah, Melaka dan turut menjual produk kecantikan serta beberapa jenis biskut.

"Saya kerja kedai makan, saya bahagian bakar sate. Selepas viral, ada yang hubungi nak beli skincare yang saya jual, ada yang minta saya buat reviu.

"Saya agak terkejut sebab tak pernah buat reviu. Tak pernah jadi famous. Sekarang pergi mana-mana, ada yang tegur. Saya bersyukur dengan rezeki.

"Saya juga ada buat kuih, ada buat almond London, semperit dan tart," ujarnya.

Berkongsi mengenai dirinya, anak keempat daripada lima beradik itu mengakui berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun demi menjaga ibunya, Tini Md Drus, 52, yang ketika itu menghidap kanser payudara.

Dedahnya lagi, bapanya pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung.

Kata Ain, dia berharap segala rezeki yang mencurah itu membolehkan dia membantu keluarganya, khususnya ibu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 18-3-2021 09:27 AM
Kesiannya... mesti sakit sgt tau saraf bernanah. Xpe dik buang semua gigi dan saraf tu pastu buat implant gigi. Tp swasta satu batang je 9000, xpe cuba cari yg murah sikit dan cari sponsor je dah alang alang glamour ni. Denture pun boleh tp xfeeling la sbb kena cabut tiap kali nk cuci. Maybe boleh buat implan utk gigi utama je. Nk kunyah ke apa.
Quote nurul_akmar 18-3-2021 09:35 AM
Gigi kalau sakit, mmg sakit betul.. berdenyut2.. gigi berlubang pon dah terasa sgt sakit.. huhuhuhu.. xleh tido malam
Quote evataso 18-3-2021 09:46 AM
Sakit gigi plg sakit selain beranak
Quote Suchi 18-3-2021 09:52 AM
Yg komen suh wat gigi bagai tu apakata awak tolong sponsor dia.
Budak tu orang susah kot kerja kedai makan je bukan ongkaye.
Ingat murah ke nak wat gigi, iols plan nak cabut gigi tepi yg dah rosak ni pastu nak tanam gigi baru pun pikir byk kali sbb sebatang gigi harga 5k.
Kalau tak tanam gg nnt bila senyum takleh luas2 sbb gigi tepi tu dah kurang satu.

Kalau kita ni golongan kayangan takpelaa bolehla dapat free jaa laju je klinik gg nak sponsor bagi resit RM0 ja ni rakyat marhaen nak taknak kena keja keras utk dapatkan apa yg kita nak.
Quote Suchi 18-3-2021 09:55 AM
SayaSayangMama replied at 18-3-2021 09:27 AM
Kesiannya... mesti sakit sgt tau saraf bernanah. Xpe dik buang semua gigi dan saraf tu pastu buat im ...

Humangaih mahalnya 9k aritu kawan bagi tau 5k.
Aduh makin lambat lg la iols mampu buat gigi.
Gigi iols ni asalnya berlubang pastu lambat tampal dia jadi makin besar lubang dan patah. Gigi tu mcm tinggal separuh dan mula rosak.
Nak tampal rasa dah tak boleh iols nak cabut je tp tulaa kalau cabut tanak terbiar kosong nak buh gigi baru tp mahal sgt harga gigi.
Duit ada tp nk kena utamakan hal yg lebih penting dulu.
Quote kakakgarang 18-3-2021 10:13 AM
Mak aku ckp.. kalau org perempuan tak jaga gigi. confirm jenis tak jaga kebersihan.

aku tak sure la betul ke tak..

tapi bila kawan2 aku jenis Malas gosok gigi tu.. mmg sedia maklum dia tu jenis tak jaga kebersihan.. tapi bukan la tak bersih. cuma kebersihan luaran pun tak jaga.. lagi kan Inner part..


FHM kan hahahaahahaha

BTW sheolls nampak busuk sgt. LOL
Quote Raline 18-3-2021 11:14 AM
ni mesti INDON. yg aneh2 geli2 busuk mesti dr sana
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 12:00 PM
Suchi replied at 18-3-2021 09:55 AM
Humangaih mahalnya 9k aritu kawan bagi tau 5k.
Aduh makin lambat lg la iols mampu buat gigi.
Gig ...

Haha sama kes dgn ioolss . Tp nk marah gak tiap kli p klinik doc buat tampalan sementara je pastu makin besar lubang tu minta cabut xleh pulak sbb pregnant. Doc buat rawatan akar, dua jam mnganga sampai tersiat tepi bibir iolss. Mujur free sbb p kk gomen. Tp tanam gigi xdak la kt gomen. Nk xnk kena p swasta
Quote Zaien 18-3-2021 12:15 PM
smlm ada nmpk hafiz doktor yg nyanyi2 tu suh pm dia..
Quote Jorja 18-3-2021 01:23 PM
Jangan selesa sangat org puji2 dik.. Kalau da kerja nanti kena betulkan gigi juga. Ada orang ni dia puji2 kita tapi bila kita da berubah jadi versi yg lebih baik mula la dia nak benci. Ati ati
Quote d_anne04 18-3-2021 01:32 PM
kulit muka dia flawless la..xde parut x de sebijji jerawat pun...
boleh jadi duta produk ni...
Quote hasniey 18-3-2021 01:40 PM
SayaSayangMama replied at 18-3-2021 09:27 AM
Kesiannya... mesti sakit sgt tau saraf bernanah. Xpe dik buang semua gigi dan saraf tu pastu buat im ...

Yg murah pon 3k rasanya..kawan ai hilang gg depan dua batang,sbb accident.smpai skrg xmampu nk tanam gg lg.dh 2 tahun laa...mujur skrg semua org pkai mask
Quote Boboyottt 18-3-2021 02:27 PM
Takpe dik buat gigi lain slow2 simpan duit
Quote ckenj 18-3-2021 02:33 PM
15 tahun da berenti belaja jaga family.....hurmmm...
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 05:29 PM
hasniey replied at 18-3-2021 01:40 PM
Yg murah pon 3k rasanya..kawan ai hilang gg depan dua batang,sbb accident.smpai skrg xmampu nk tan ...

Yeke murahnya.. benci la klinik gigi iolss mahal nk mampus. Nk cari la klinik lain. Tp ada xorg tanam gigi geraham ke susah eh
Quote hasniey 18-3-2021 08:38 PM
SayaSayangMama replied at 18-3-2021 05:29 PM
Yeke murahnya.. benci la klinik gigi iolss mahal nk mampus. Nk cari la klinik lain. Tp ada xorg ta ...

Owh murah eh...tah..xtanya pulak dia klinik mana.
Ai xprnah tanam gg so xtau
Quote SayaSayangMama 18-3-2021 09:15 PM
hasniey replied at 18-3-2021 01:40 PM
Yg murah pon 3k rasanya..kawan ai hilang gg depan dua batang,sbb accident.smpai skrg xmampu nk tan ...

Boleh buat bridge je klu xmampu implant
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:15 AM
kesiannya mesti tak selesa
Quote neerxa 21-3-2021 03:44 AM
Gigi kalau sakit mmg rasa nak tumbuk org

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086051 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top