Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang trofi dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) namun persembahan Amir Masdi tetap mendapat perhatian penonton sehinggakan namanya menjadi trending sebaik acara itu melabuhkan tirai pada Ahad lalu.
Persembahan Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, 24, disifatkan sebagai finalis yang paling underrated namun berjaya meninggalkan kesan di hati penonton. Menghargai kata-kata positif yang ditinggalkan peminat dan penonton, Amir tidak menyangka namanya akan trending dan menyifatkan perkara itu salah satu kenangan paling manis pernah berlaku dalam karier nyanyiannya. "Sebenarnya saya gemuruh juga nak buat persembahan di pentas AJL35, nampak sahaja saya macam relax kan... Alhamdulillah, bila AJL dah habis bersiaran saya dapat banyak komen-komen positif di media sosial.
"Sejak persembahan saya di AJL35 memang saya nampak ada jumlah pengikut yang semakin meningkat di media sosial. "Pengalaman dapat buat persembahan dan bergelar finalis AJL memang memberikan pendedahan yang meluas buat kami sebagai pengkarya muzik," katanya kepada mStar.
|
Kurex replied at 18-3-2021 12:47 PM
Muka dia mcm junior sekolah iols yg pondan tu jadi iols tak taste
Atiesha replied at 18-3-2021 01:44 PM
Suara sedap,aura xdak...
dudaberhias replied at 18-3-2021 02:32 PM
aura tu iols rasa boleh memancar kalau dia potong rambut hauk tu...
fashion rambut panjang rock n ...
ADVERTISEMENT