CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Illi Najwa Saddique Tidak Pernah Keluar Islam - JAINJ

18-3-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11977| Komen: 109

Johor Bahru: Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang perkahwinannya dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar menimbulkan kontroversi tahun lalu, tidak pernah keluar daripada Islam.


Hasil siasatan berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini.


Kredit foto: Royal Press Johor

Turut menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan adalah Illi Najwa.

Pada pertemuan Sultan Johor, Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.


Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

"Pihak JAINJ memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

"Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan," katanya yang dimuat naik akaun Facebook rasmi Sultan Johor.


Kredit foto: Google

Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor dilaporkan bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Mengulas lanjut,Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

"Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai," katanya.

Disember lalu, kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 18-3-2021 12:23 PM
Johor Bahru: Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang perkahwinannya dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar menimbulkan kontroversi tahun lalu, tidak pernah keluar daripada Islam.


Hasil siasatan berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini.




Kredit foto: Royal Press Johor



Turut menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan adalah Illi Najwa.


Pada pertemuan Sultan Johor, Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.


Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.


"ihak JAINJ memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.


"Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan," katanya yang dimuat naik akaun Facebook rasmi Sultan Johor.




Kredit foto: Google




Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.


Sultan Johor dilaporkan bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.


Mengulas lanjut,Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.


"Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai," katanya.


Disember lalu, kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.


Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.


Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote FanTasyCreaTioN 18-3-2021 12:36 PM
Thread lebih awal dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1242949


tunggu Admin atau CARI-MRO sendiri mergekan ...


Quote sharlenetexas 18-3-2021 12:40 PM
Tengok muka boleh tertukar dengan menantu. Seiras.
Quote Normabaru 18-3-2021 12:55 PM
Antara sekadar 'ayat' tak keluar islam tp sijil nikah pon xmampu nk tunjuk.. Kaka lg percaya video tempoh hari..You're the joker sis
Quote awanysss 18-3-2021 12:58 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 12:55 PM
Antara sekadar 'ayat' tak keluar islam tp sijil nikah pon xmampu nk tunjuk.. Kaka lg percaya video t ...

setakat kat johor je islam
kat india tak tahu lg..
tp tu la, hak dia kan..
Quote little_sis 18-3-2021 01:00 PM
lawa dak illi ni..
Quote Normabaru 18-3-2021 01:04 PM
awanysss replied at 18-3-2021 12:58 PM
setakat kat johor je islam
kat india tak tahu lg..
tp tu la, hak dia kan..

Bkn masalah hak dik.. Aqidah dan riddah ni benda bkn blh main2.. Darah jadi halal utk dibunuh ya..boleh godek kisah Perang salib
Quote kelapaparut 18-3-2021 01:06 PM
biarlah asalkan die kekal islam ok jahh..kat india tu skdr upacara nak mhormati kluarga mentua, xperlu lah kite sampai nak korek2 jaga tepi kain dia, asalkan xmkn babi xsentuh anjing iols da bersyukur..
Quote KIM.K 18-3-2021 01:31 PM
Susah nak caye dak ili pasal a disrespectful paki to malay community
Sebagai bangsa johore yg dapat perhatian yistana tak mampu plak dia buat kenduri ikut resam dan agama islam?
Apsal tunjuk sijil nikoh pun tak bleh apatah lagi majlis solemnization terpaling ringkas
Laki dia takdapat restu fam sini ke..tak lama la gitu
Quote lavendernovella 18-3-2021 01:50 PM
Ada tak mention laki dia masuk islam? Kat mana dan bila? Ker iol baca tak abis....
Quote Fazsemput 18-3-2021 02:36 PM
Emm.dh balik ili..ingtkn mentap kt sana trus.
Macam mana la die boleh lepas dapat kebenaran nakpergi india sekadar nak melangsungkan majlis perkahwinan.. pastu senang je balik malaysia balik..
Quote dudaberhias 18-3-2021 02:39 PM
Edited by dudaberhias at 18-3-2021 02:41 PM

Makcik2 dah boleh start beli kneepad praktis merangkak kat akhirat kelak.

Ye ye je nak mermutadkan orang sampai bagitahu konon murtad dari segi perbuatan lah etc etc. Punya la gigih ko nak memurtadkan orang tu.

Kalau ye pun dia berdosa ikut adat, dia je yang berdosa sebab gigih nak ikut adat laki pari pari dia tu. Takde sangkut paut orang lain pun.

Kita yang komen pun sama je kalau islam pun kena bakar2 dan seksa2 dulu dekat neraka untuk cuci dan hapuskan dosa. Berapa trillion gazillion tahun baru merasa syurga. Ni yang kes ellie ni selagi tak di ampunkan maka bersambung la sampai quintilllion tahun di dalam neraka tu. Truth hurt, ouch!
Quote Decaffeinated 18-3-2021 02:47 PM
Dia akan kekal lslam sebab di India tiada syarat kena tukar agama. Itulah keindahan undang2 India.
Quote natrahn 18-3-2021 03:10 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 12:55 PM
Antara sekadar 'ayat' tak keluar islam tp sijil nikah pon xmampu nk tunjuk.. Kaka lg percaya video t ...

             kan.....
Quote Normabaru 18-3-2021 04:10 PM
natrahn replied at 18-3-2021 03:10 PM
kan.....

Banyak org ingt ini isu personal choice.. Ape bangang naw..

Riddah doesnt require an intention

Ko buat benda menduakan Allah dan rasul.. Hukumnya MURTAD..

Sama gak mcm talaq.. Ko acah gurau la
Bg reason xsengaja la..

STILL JATUH TALAQ

Masa sekolah dulu tido ke masa ustajah mengajar???
Quote Buritan 18-3-2021 04:12 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 12:55 PM
Antara sekadar 'ayat' tak keluar islam tp sijil nikah pon xmampu nk tunjuk.. Kaka lg percaya video t ...

Aku pun lg cayeckp penganut punjabi tuuu..
Quote Buritan 18-3-2021 04:13 PM
Normabaru replied at 18-3-2021 01:04 PM
Bkn masalah hak dik.. Aqidah dan riddah ni benda bkn blh main2.. Darah jadi halal utk dibunuh ya.. ...

Depa bkn takut semua tuu.. ape yg kita boleh buat.. ngutuk lelevih pung mau see u in court..
Quote Normabaru 18-3-2021 04:16 PM
Buritan replied at 18-3-2021 04:12 PM
Aku pun lg cayeckp penganut punjabi tuuu..

dan dan pki tudung ala jembul setoncit gitu siap bju kurung..

Agama bukan dkt ic or dkt surat nikah.. Tp apa yang hari2 diamal dan dibuat..

Tengok style pon dh tahu kat mana hati dia ni sbnrnya.. Kaka xtuduh. Tp bukti bersepah.. Jgn la bodoh2 caya a denial without any cogent evident

Alangkan laki klu ckp xcurang tp masih bg bunga kat perempuan lain pon kita still kata curang..

So... Nak tipu sapa sebenarnya..
Action is louder than words kot...
Quote Normabaru 18-3-2021 04:20 PM
Buritan replied at 18-3-2021 04:13 PM
Depa bkn takut semua tuu.. ape yg kita boleh buat.. ngutuk lelevih pung mau see u in court..

Kaka frust tgk JAIJ yg sgt lembik.. Klu stakat blk utk bgambar gini..

Eh baik ko suh dia dok dendiam apply citizenship sana je la.. Bkn ade pekdah pon. Ni kes nk make sure PN menang ke nk puaskan hati sultab ke cmne..

Isu besar kat sini ialah sijil nikah yang dia janji tu apsal xtunjuk.. Korang sume insomnia ke nyanyuk?
Siap raja sekali dua kali lima..

Lps ni jgn ckp psl lina joy or eki la.. Blambak pasni keluar agama di luar msia mcm kes india guy share t fb tu.. Frust btol!

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069762 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top