Seorang anak tergamak menipu ibunya kononnya dia menuntut di Universiti Oxford menyebabkan ibunya bertungkus lumus menjual bunga untuk mendapatkan wang yang sebenarnya digunakan bagi menampung gaya hidup mewahnya.
Lapor The Sun sepeprti dipetik Harian Metro, Merve Bozkurt, 25, memberitahu ibunya, Gulseren, 57, bahawa dia memerlukan duit lebih untuk membiayai pengajian di universiti terkemuka itu sedangkan dia hanya bekerja sebagai ejen hartanah dan tidak pernah meninggalkan Turki kerana tidak memiliki pasport. Akhirnya, helahnya terbongkar apabila sebuah stesen televisyen tempatan menemu bual si ibu mengenai kegigihan mencari wang bagi membiayai pengajian anak. Menerusi wawancara itu, Gulseren menceritakan dia mempunyai dua anak dan menjual bunga di bandar Antakya selama lebih 10 tahun untuk menanggung kos pengajian mereka. Katanya, dia kadang-kadang dibantu suaminya yang tidak mempunyai kerja tetap menjual bunga di kawasan perkuburan. "Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Seronok dapat membelanjakan wang yang diperoleh untuk anak-anak," katanya. Berita mengenai pengorbanan Gulseren itu menjadi tular dan dia menerima sumbangan bagi membantu Merve 'menamatkan pengajian yang memasuki tahun kelima itu.' Namun, nama Merve tiada di dalam senarai penuntut Oxford apabila semakan dilakukan, justeru dia didesak memberi penjelasan. "Saya mereka-reka cerita dan membuat semua orang percayakan saya. "Sebenarnya saya bekerja dengan syarikat hartanah di Istanbul selama ini," katanya yang meminta maaf kerana telah mengecewakan ibunya. Sumber: Harian Metro
|
ckenj replied at 18-3-2021 02:25 PM
kesian mak dia....bukan sllu org beli bunga..taktaw la klu kat turki tu...haishh
dudaberhias replied at 18-3-2021 04:12 PM
Sana culture deorang rajin beli bunga fresh, tapi bukan untuk orang mati macam dalam artikel kata ...
ADVERTISEMENT