Wanita maut jatuh dari bumbung akibat dikejar sekumpulan monyet. Kosmo memetik Daily Star melaporkan, dalam kejadian di Telangana, selatan India itu, mangsa, G. Sirisha, 21, sedang bermain badminton dengan rakan-rakannya di atas teres bumbung sebuah bangunan apabila sekumpulan monyet menyerang mereka.
Cubaan mereka menakut-nakutkan kawanan monyet itu gagal, sebaliknya mereka bertindak lebih ganas kerana berasa terancam. “Mereka mula panik dan cuba melarikan diri apabila melihat kumpulan monyet itu seakan-akan mahu menyerang,” ujar laporan tersebut. Berikutan kejadian, mangsa yang juga graduan Sarjana Aplikasi Komputer mati di tempat kejadian akibat terjatuh dari bumbung.
Selain itu, pemeriksaan mendapati banyak kesan kecederaan ditemui pada mayat mangsa. - CARI
|
ipes2 replied at 19-3-2021 05:21 AM
i laughed
im sorry
shouldnt have
ADVERTISEMENT