15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan, 48, terkilan apabila namanya digugurkan pengarah. Menurut laporan MalaysiaGazette, Che Ta mendakwa ada pengarah berkenaan meminta produksi menggugurkan namanya kerana tidak yakin pelakon itu boleh tampak ???buruk??? sebagai pelakon. Bagaimanapun, Che Ta sebelum ini sudah membuktikan sebanyak tiga kali bahawa bukan seorang pelakon yang hanya mahu kelihatan sentiasa cantik dalam skrin televisyen. Sebagai contoh, menerusi watak Halimah dalam telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar 2011, Che Ta tidak kisah wajahnya tiada calitan mekap untuk menghidupkan watak pengemis.
"Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS. "Terbaru, saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon," katanya. Che Ta juga pernah menafikan hanya menerima watak control cantik dan dimekap tebal. "Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. "Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik sahaja," soalnya. Berbalik kepada kisah tadi, Che Ta enggan mengambil pusing walaupun dia akui terkejut apabila pengarah terbabit tidak mahu dia berlakon di bawah arahannya. "Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada... adalah," ujarnya. Tegasnya, dia perlu sentiasa tampil cantik bagi memenuhi keperluan kerja selain tanggungjawabnya bagi mempromosikan sesebuah produk. Sabarlah Che Ta, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. - CARI
|
ihtisyam1 replied at 21-3-2021 03:15 PM
Pelik muka dia tanpa bulu mata pelesu... muka nampak kembung
dudaberhias replied at 21-3-2021 03:26 PM
Laaa kesian nekta, dah la tengah takde job, bisnes kawan laki lingkup jadi tak boleh nak menumpang s ...
Nham22 replied at 21-3-2021 03:26 PM
Kenelahh downgrade.. Kekekekeke... Bank takdak dah..
tumpanglalu74 replied at 21-3-2021 03:07 PM
tumpanglalu74 replied at 21-3-2021 03:07 PM
ADVERTISEMENT