|
Kecoh betul isu netizen menegur hantaran makanan, bintang Datuk Seri Siti Nurhaliza di instagramnya. Gambar udang mentega yang didakwa sebagai mihun goreng dan menjadi kontroversi itu kononnya telah mencacatkan insta feed penyanyi tersebut. Selain salah menu, turut diperkatakan ialah individu yang menegur itu menggunakan nama ashiraaziz_. Berikutan itu, penyanyi yang baru melangsungkan pernikahan dengan Bad Indigo, Ashira Aziz tampil di Twitter menafikan itu dirinya. Ini kerana, ada yang menganggap individu tersebut sebagai Ashira kerana nama yang serupa. Dalam hantaran tersebut, Ashira terkilan kerana namanya disebut-sebut sedangkan ketika itu dia tengah sibuk menjalani penggambaran program raya. Kotak mesejnya juga penuh dengan pertanyaan tersebut. Lantaran itu, Ashira menyatakan tidak mungkin dia yang melakukan kerana dia juga peminat Siti. |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.174788 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.