Malang menimpa sepasang pengantin apabila diuji dengan bencana alam pada hari mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan. Dalam kejadian di Mondrook, New South Wales, Australian, kediaman pasangan itu musnah dihanyutkan air banjir pada 20 Mac, lapor Daily Star.
Lebih malang, haiwan peliharaan mereka turut ditemui mati. Kisah mengenai pasangan dikenali sebagai Joshua dan Sarah itu diceritakan sendiri oleh adik pengantin lelaki, Lyle Edge. Kini, satu tabung dalam talian dilancarkan untuk mengutip derma buat mereka. "Kami sedang mengumpul wang untuk mereka memulakan hidup semula. Sekecil-kecil bantuan pun kami hargai. "Mereka sepatutnya meraikan hari bahagia tapi terpaksa berduka selepas kehilangan rumah dan haiwan peliharaan," ujarnya. Menurut laporan, paras air sungai di kawasan itu meningkat luar biasa, paling teruk sejak 40 tahun lalu.
Biro Meteorologi turut memberi amaran dan mengeluarkan arahan pindah kepada penduduk setempat. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT