CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kafe Pasang Lagu Gelang Si Paku Gelang 'Halau' Pelanggan Tak Reti Bahasa

22-3-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3768| Komen: 10

Sebuah kafe di Indonesia yang sengaja memainkan lagu popular ‘Gelang Si Paku Gelang’ sebagai cara halus dan sopan untuk menyuruh pelanggannya pulang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.


Kredit foto: TikTok @prasbaji

Menerusi video TikTok yang dikongsi @prasbaji, dia bersama rakan-rakannya makan di sebuah kafe yang tidak didedahkan lokasi, baru-baru ini.

Kafe tersebut sepatutnya ditutup pada pukul 8.45 malam namun pelanggan di situ termasuk perakam video masih tetap berbual dan enggan berganjak biarpun waktu sudah menunjukkan pukul 9.05 malam.

Tidak lama kemudian, lagu ‘Gelang Si Paku Gelang’ kedengaran diputarkan dengan kuat di kafe tersebut.



Lagu dengan lirik ‘Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama’ itu dianggap digunakan sebagai cara halus pekerja kafe yang meminta pelanggannya supaya beredar dari premis berkenaan.



“Kalau di tempat saya, caranya ialah dengan memadamkan lampu dan menolak kerusi dan meja,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kasihan pekerja kafe dapat pelanggan seperti ini, saya juga pernah alami situasi sama,” komen seorang lagi.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 100,000 kali dengan lebih 7,000 tanda suka.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R0101 22-3-2021 02:37 PM
Hahahaha best
Quote rajamoney 22-3-2021 02:54 PM
pulang marilah pulang marilah pulang bersama sama
Quote salmon-suki 22-3-2021 05:25 PM
Kt msia ni,kalau ada jgk degil nak balik,pasang lagu ulik mayang ke,lagu lingsir wengi ke..baru dorg balik sbb masing2 takut hantu..hihihi~{:smile

Xpun pasang bacaan al-Qur'an...msti ada y lari sbb xnak dgr
Quote ezacbee 22-3-2021 05:53 PM
mop kat meja dorang
Quote rosasen 23-3-2021 07:25 AM
tetiba ternyanyi plak
Quote biskutraya 23-3-2021 08:26 AM
Biase orang tutup lampu je, angkat kerusi naik atas meja..
Quote shark_eow7 23-3-2021 08:42 AM
salmon-suki replied at 22-3-2021 05:25 PM
Kt msia ni,kalau ada jgk degil nak balik,pasang lagu ulik mayang ke,lagu lingsir wengi ke..baru dorg ...

panas kot.. tu pakat pakat lari tuu
Quote kiah78 24-3-2021 06:28 AM
Idea menarik nie. Cuma kalau pelanggan tak paham bahasa. Mop kan ajer meja dia. Ha ha
Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:45 PM
Bagus jugak ideanya.  Kalau mamak dia buatnya kemas2 kerusi meja baru dia orang ada akal nak balik.
Quote kuchibambam 31-3-2021 12:40 AM
Hehehehe..kreatidf

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.106102 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top